Satu anugerah yang diberikan Allah swt kepada manusia adalah sifat ‘ingin tahu’.

Sifat ini mendorong manusia mampu belajar secara langsung dan tidak langsung lalu berkembang menjadi makhluk yang bertamadun. Lihat sahaja kanak-kanak yang memiliki sifat ‘ingin tahu’ yang tinggi.

Mereka terus mengekplorasi sekitar mereka tanpa lelah dan jemu, belajar tanpa henti lalu berubah menjadi lebih baik dari semalam. Daripada tidak tahu sakit luka, jadi tahu akibat jatuh kerana terus mencuba. Malah, daripada jatuh berjalan, mereka akhirnya mampu berlari sambil terus ke hadapan kerana ingin mengenali sekelilingnya.

Namun, apabila kita melangkah ke bangku sekolah, sikap ingin meneroka dan ‘ingin tahu’ ini semakin menghakis daripada dalam diri kita.

Budaya pembelajaran di sekolah yang terlalu menekankan kepentingan jawapan menyebabkan kita berhenti menyoal sepanjang proses pembelajaran, sedangkan sifat ‘ingin tahu’ itu sebenarnya bermula daripada soalan-soalan yang bermain di minda ketika berusaha memahami.

Boleh Sumbangkan RM10 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Keterangan Lanjut

Hal Gregersen adalah pengasas 4-24 Project, sebuah organisasi yang melatih para pemimpin meluangkan masa selama 4 minit sehari bagi bertanyakan soalan yang lebih baik pada setiap hari.

Menurut beliau,

“Secara purata dalam sebulan, seseorang yang berusia 6 hingga 18 tahun hanya bertanya satu soalan di dalam kelas berdurasi satu jam.

Ini berbeza dengan seorang guru yang secara purata bertanyakan 291 buah soalan kepada kanak-kanak dalam sehari dan menunggu secara purata satu saat untuk mendapatkan maklum balasnya.”

Apabila kita gagal mencetuskan rasa ‘ingin tahu’, secara tidak langsung kita berhenti berfikir secara lateral. Pemikiran lateral inilah yang menjana kreativiti dan pemikiran kritis supaya kita mendapat solusi inovatif dalam kehidupan dan kerjaya kita.

Malangnya, kita tanpa sedar sudah kehilangan sifat ini dalam diri lantas menyebabkan kejayaan yang ingin kita kejar terbantut di tengah jalan.

Mempraktikkan semula sikap ‘ingin tahu’ adalah antara faktor penyumbang kepada sebuah kejayaan:

“Kita sudah keluar dari era perindustrian kepada era informasi. Rasa ingin tahu adalah asas utama perubahan era ini, maka ini adalah sebuah kemahiran bernilai tinggi,”

Kata Kathy Taberner, pengasas bersama Institute of Curiosity, sebuah organisasi latihan kepimpinan yang memberi fokus mewujudkan semula sikap ingin tahu dalam diri manusia.

Manusia dilahirkan dengan fitrah ‘ingin tahu’, maka pakar mengatakan sifat ini boleh dipelajari dan disemai semula dalam diri kita.

Berikut adalah 8 tabiat individu yang berjaya menanam sifat ‘ingin tahu’ di dalam diri mereka:

1. Mendengar tanpa Menghukum

Kebanyakan daripada kita begitu mudah membuat tanggapan dan prasangka terhadap orang lain sebelum kita selesai mendengar. Menurut Taberner, individu yang bersifat ‘ingin tahu’ tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi.

Mereka berusaha memahami daripada kaca mata orang lain, sudi duduk bersama bagi mencari kefahaman dan meneroka rasa ‘ingin tahu’ dalam diri dengan terbuka tanpa ada kepentingan kepada diri sendiri.

“Mereka yang bersifat ingin tahu tidak menghukum, tidak menyindir, suka memberi sokongan, berkerjasama, fokus dalam meneroka pilihan-pilihan yang ada bagi mencapai penyelesaian yang terbaik.

Inilah tabiat individu yang sentiasa mendukung persefahaman yang membawa kepada inovasi,”

Ujarnya lagi.

Dalam Islam, sikap berprasangka pada orang lain amat ditegah. Rasulullah saw ada menyebut dalam hadith baginda yang berbunyi:

“Berhati-hatilah kalian dari tindakan berprasangka buruk, kerana prasangka buruk adalah sedusta-dusta ucapan.

Janganlah kalian saling mencari berita kejelekan orang lain, saling memata-matai, saling mendengki, saling membelakangi, dan saling membenci.

Jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara.” Diriwayatkan al Bukhari hadith no. 6064 dan Muslim hadith no. 2563

2. Bertanya Banyak Soalan

Mereka yang bersifat ‘ingin tahu’ akan bertanya banyak soalan berbentuk BAGAIMANA, APA, DI MANA dan KENAPA, tambah Taberner.

“Mereka akan mengelak daripada bertanya soalan yang hanya dapat dijawab dengan ‘ya’ atau ‘tidak’ sahaja. Situasi ini akan mewujudkan ruang yang lebih terbuka bagi individu yang ditanya dan orang yang bertanya,”

Tabiat bertanya atau menyoal juga adalah budaya ilmu para Rasul, Nabi dan tokoh-tokoh ilmuan Islam. Malah, dalam al-Qur’an ada diceritakan perjalanan Nabi Ibrahim as mengenali Allah swt melalui persoalan-persoalan yang muncul dalam benak fikiran beliau dalam surah al An’am ayat 74 hingga 81.

Selain itu, contoh soalan lain yang ditanya Nabi Ibrahim as kepada ayahnya adalah seperti dalam surah Maryam, ayat 42:

“Ketika ia berkata kepada bapanya:” Wahai ayahku, mengapa ayah menyembah benda yang tidak mendengar dan tidak melihat serta tidak dapat menolongmu sedikitpun?”Surah Maryam, ayat 42

Secara tidak langsung, pertanyaan mendorong maklum balas lanjutan seperti ini akan mengalakkan kemahiran berfikir pada individu yang bertanya. Ini mendorong individu itu supaya tidak terhenti setakat ‘ya’ atau ‘tidak’ sahaja ketika berfikir.

3. Menjangkakan Kejutan

Banyak daripada kita mungkin suka atau benci pada hubungan yang penuh dengan kejutan, ulas Tania Luna, seorang penulis bersama Surprise:

Boleh Sumbangkan RM10 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Keterangan Lanjut

Embrace the Unpredictable and Engineer the Unexpected.

“Apabila kita berdepan terlalu banyak kejutan, kita mudah menjadi bimbang. Namun, apabila kita tidak mendapat kejutan secukupnya, kita mudah bosan lalu meninggalkan komitmen itu.

Memang kita paling selesa apabila semua perkara dapat dijangka, tetapi kita akan lebih menikmati hidup apabila hidup ini langsung tidak dapat dijangka,”

Mereka yang bersifat ‘ingin tahu’ sering mengalu-alukan sebarang kejutan dalam hidup mereka. Mereka akan mencuba makanan baru, bercakap dengan orang baru dan mencuba perkara baru. Melalui hal ini, mereka dapat belajar terus-terusan berekplorasi.

Sememangnya, hidup ini penuh dengan kejutan dan tiada siapa dapat mengagak perkara yang akan berlaku esok. Jadi, teruskna bersikap positif dan nikmatilah hidup setiap hari.

4. Sentiasa Hadir

Apabila kita bersikap ‘ingin tahu’ di hadapan orang kita sayang, bukankah kita sebenarnya mengambil berat tentang mereka?

Seorang anak kecil tidak akan mengingati sama ada mahal atau murah permainan yang dihadiahkan kepada mereka. Apa yang tersimpan dalam memori adalah moment-moment ayah dan ibu yang melayani mereka ketika bermain dengan permainan itu.

Sudahkah kita bertanya kepada anak-anak tentang aktiviti mereka pada hari ini tanpa melihat telefon bimbit pada tangan?

Adakah kita meraikan hari mereka dengan senyuman, pandangan mata dan kata-kata positif tanpa ada ‘gangguan-gangguan asing’ pada saat itu?

BERHENTI.

Berhentilah membuat sebarang pekerjaan atau apa saja yang akan menganggu konsentrasi dan fokus kita ketika bersama mereka yang kita sayang. Buat seketika, hadirlah bersama-sama mereka dengan ‘ikhlas’, iaitu ‘ikhlas’ mengambil berat keadaan emosi dan fizikal pada hari-hari yang mereka lalui.

Hargailah sebelum mereka tiada lagi di sisi. Inilah antara tabiat unggul individu yang bersifat ‘ingin tahu’.

5. Bersedia untuk Salah

Sue Heilbronner adalah pengasas bersama dan CEO program MergeLane, sebuah program pembangunan yang fokus kepada syarikat milik wanita.

Beliau menyebut kebolehan meletakkan rasa ego (sentiasa mahu menjadi betul) ke tepi bagi membuka minda kepada pendapat orang lain adalah antara kriteria mereka yang bersikap ‘ingin tahu’.

“Besar manfaat kita perolehi apabila budaya rasa ingin tahu dipupuk dalam sebuah syarikat terutamanya di kalangan ketua-ketua organisasi.

Pasukan dengan sifat nilai ingin tahu biasanya akan mempunyai pandangan yang lebih meluas kepada pilihan-pilihan yang ada ketika dalam proses inovasi produk, pemasaran dan penyelasaian masalah.

Sebaliknya, sebuah pasukan yang cenderung menjadi ‘betul’ pula akan bertindak secara bertentangan dengan prinsip-prinsip ini,”

Siapakah yang akan rugi apabila dirinya berada di tempat yang salah namun, disebabkan ego (mahu tetap dilihat betul), dia sanggup terus berdiri di situ. Malah, menidakkan pula peluang berada di tempat yang lebih baik kerana menolak pandangan orang lain?

Tiada salahnya untuk salah supaya kita dapat menemui dan bergerak ke arah yang betul. Apa yang penting, proses pembelajaran seumur hidup itu dapat dilestarikan dengan baik.

6. Meluangkan Masa untuk ‘Ingin Tahu’

Heilbronner menasihati para pemimpin mengambil satu hari dalam sebulan bagi memikirkan senario 3 tahun akan datang. Ini membantu pemimpin menyoal segala andaian-andaian utama dan juga menilai samada mereka masih membuat tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan lagi dalam operasi mereka.

Rasa ‘ingin tahu’ itu perlu dipupuk secara langsung. Ini hanya akan berlaku ketika kita berhenti seketika dan memberi ruang kepadanya.

Boleh Sumbangkan RM10 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Keterangan Lanjut

Memberi masa dan ruang kepada diri kita bagi menilai kembali apa yang sudah dilakukan dan apa yang akan dilakukan sama dengan konsep muhasabah diri dalam Islam. Muhasabah diri dapat dilakukan selama 5 minit selepas waktu solat atau ketika bangun malam untuk tahajud.

Beruntungnya menjadi seorang muslim kerana sistem cara hidupnya telah teratur dan mempunyai ruang masa yang boleh diperuntukkan untuk membuat penilaian ke atas pencapaian diri, kerjaya mahupun kehidupan dunia dan akhirat. Tinggal bagaimana kita mahu mengikuti sistem sedia ada ini.

7. Tidak Malu Mengatakan “Tidak Tahu”

Mereka yang bersifat ‘ingin tahu’ sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan dan terlibat dengan perbincangan ilmiah. Apabila ditanya sebarang soalan, mereka tidak malu mengakui ‘tidak tahu’ apabila mereka tidak tahu jawapannya.

Ini merujuk kepada kenyataan LeeAnn Renninger, penulis bersama dalam Surprise: Embrace the Unpredictable and Engineer the Unexpected sebagai berkata, “belajar lebih penting bagi mereka berbanding dengan berlagak pandai.”

Apabila tidak wujud rasa malu mengakui apa yang ‘tidak tahu’, barulah taman-taman syurga (baca sebagai majlis ilmu) dapat dihiasi dan dirai sehingga membentuk sebuah budaya yang mampan dalam diri individu, keluarga dan masyarakat.

Meluaskan cabang ilmu pengetahuan dan pemahaman akan memberi ruang kepada indvidu itu sendiri mengintegrasikan matlumat yang diperolehinya kepada pelbagai idea-idea yang revolusioner. Di sinilah titik permulaan kejayaan tokoh-tokoh besar dalam pelbagai bidang, adab terhadap ilmu dan belajar.

8. Tidak Membiarkan Luka Semalam Menggugat Masa Depan

Minda seorang individu terbahagi kepada dua: bahagian pertama bagi menghadapi pengalaman yang baru dan bahagian kedua bagi memahami semua pengalaman itu; begitulah menurut David Klow, pengasas Skylight Counseling Center di Chicago.

Setiap satu bahagian bergantung antara satu sama lain dan tidak dapat beroperasi secara sendiri. “Isu yang sering timbul dalam kalangan orang dewasa adalah mereka berhenti untuk ingin tahu pada pengalaman-pengalaman baru kerana sentiasa dibelenggu apa yang sudah berlaku.” nyatanya lagi.

Perkara ini boleh terjadi terutamanya apabila kita pernah terluka pada pengalaman lepas. Walau bagaimanapun bagi individu yang bersikap ‘ingin tahu’, mereka akan membina asas yang lebih kukuh daripada pengalaman ini dan mula bertindak lebih berani ketika menghadapi risiko pada masa mendatang.

Allah swt memberikan rasa ‘ingin tahu’ kepada manusia untuk memandu perjalanan mereka dalam melewati kehidupan di atas dunia ini. Rasa ‘ingin tahu’ ini seolah-olah bertindak sebagai mata kedua yang mendorong laluan kita. Lihatlah keghairahan anak kecil belajar. Semoga kita juga dapat terus bersemangat seperti mereka.

Sumber: 8 Habits of Great Minds

Tentang Nurul Akmal

Nurul Akmal

Segunung emas tidak sebanding dengan setitis ilmu. Cahaya yang melorongkan kemanusiaan dan kasih sayang Tuhan. Tuhan berbicara tanpa suara, bait-bait KitabNya, Alam dan Kehidupan. Melihat Tuhan dari rasa Cinta dan Rindu Abadi, patutkah tegar aku memilih yang lain?

Dakwah Digital

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.