Telekung merupakan salah satu kelengkapan solat yang paling utama bagi wanita. Telekung yang baik dan berkualiti bukan sahaja dapat memudahkan urusan menunaikan kewajipan solat, malah ia juga menjamin keselesaan anda dalam beribadah. Berikut merupakan 7 sebab mengapa Telekung Medina merupakan kelengkapan solat pilihan ramai.

#1 – Kain Mesra Solat

Telekung Medina diperbuat daripada kain parachute berkualiti tinggi yang tidak jarang, tidak panas, dan tidak mudah berbau. Kainnya yang berkualiti sesuai untuk keperluan solat dengan melindungi aurat anda. InsyaAllah, tiada lagi masalah telekung jarang.

#2 – Labuh yang Mencukupi

Telekung Medina sesuai digunakan oleh pengguna pelbagai bentuk dan saiz badan. Potongannya yang lebar dan labuh (ukuran kain 50”, dagu ke bawah 48”, belakang 49”) dapat memenuhi keperluan solat anda dalam saiz yang sesuai. Anda dapat solat dengan selesa tanpa perlu risau masalah telekung singkat setiap kali rukuk dan sujud.

#3 – Selesa Digunakan

Rekaan di bahagian muka yang kemas.

Kain yang berkualiti dan potongan yang mesra solat memastikan keselesaan anda apabila memakainya. Rekaan di bahagian muka mengikut bentuk yang sesuai dan jahitannya yang rapi memastikan telekung ini terletak kemas pada muka pemakai apabila digunakan. InsyaAllah anda dapat menyempurnakan pergerakan dalam solat dengan selesa dan tanpa was-was.

#4 – Ringan dan Mudah Dibawa

Telekung Medina bukan sahaja ringan, malah ia mudah dilipat, dan bersaiz kecil apabila disimpan. Ciri-cirinya yang ringan dan mudah dibawa menjadikannya sesuai untuk digunakan dalam perjalanan ke mana-mana destinasi, mahupun dijadikan telekung tambahan ditempat kerja. Anda boleh membawa dan menggunakannya ketika pulang ke kampung halaman, ke lokasi percutian anda, atau ketika anda keluar membeli belah. InsyaAllah, solat lebih mudah dengan Telekung Medina.

#5 – Didatangkan dengan Beg Khas

Setiap set Telekung Medina didatangkan dengan beg khas dengan warna yang sepadan. Ini dapat memudahkan anda menyimpan dan membawanya ke destinasi pilihan anda. Telekung Medina sesuai digunakan untuk perjalanan yang jauh mahupun dekat, dan beg khas yang comel memudahkan anda menyimpan dan membawanya bersama.

Beg khas disediakan dengan warna yang sepadan.

#6 – Warna Eksklusif

Warnanya yang mewah dan ekslusif jarang didapati pada set telekung yang biasa. Telekung Medina direka khas dalam warna Mocha (warna perang lembut) dan Grey (warna kelabu gelap) yang unik, menjadikannya set telekung yang elegan dan selesa.

#7 – Rekaan yang Ringkas dan Versatil

Rekaannya memenuhi citarasa pelbagai lapisan pengguna yang gemarkan rekaan telekung yang ringkas, unik, dan elegan. Set Telekung Medina juga sesuai dijadikan sebagai hadiah bagi keluarga dan teman-teman seummat. Ia boleh dijadikan hadiah hari lahir, hantaran perkahwinan, dan juga sebagai hadiah yang bermakna bagi mereka yang baru berhijrah.

Telekung Medina berkualiti tinggi yang tidak jarang, tidak panas, dan tidak mudah berbau.

Anda bukan sahaja digalakkan mempersiapkan keperluan solat seperti telekung untuk kemudahan harian dan perjalanan anda, malah anda juga boleh memudahkan ibadah keluarga mahupun teman-teman anda yang lain dengan menghadiahkan set telekung bagi membantu melancarkan urusan ibadah mereka. InsyaAllah, disamping merapatkan silaturrahim anda juga dapat meraih ganjaran pahala setiap kali mereka memanfaatkan keperluan solat yang dihadiahkan.

Berminat untuk Memiliki Set Telekung Medina?

Setiap set Telekung Medina berharga RM65 dan didatangkan dengan beg khas untuk telekung. Bagi yang ingin membuat pesanan secara atas talian (online), anda boleh mengirimkan pesanan melalui Whatsapp, atau melayari laman sesawang (website), Facebook, dan Instagram kami seperti berikut:

Laman web: www.proactivelook.com
Facebook: telekungmedinabyproactivelook
Instagram: proactivelook

Caj untuk pos ialah RM5 (Semenanjung Malaysia) dan RM13 (Sabah Sarawak).

Anda juga boleh mendapatkan telekung ini melalui Whatsapp, ikuti langkah berikut:

Whatsapp kod ‘TZ’ ke 018-9696906

InsyaAllah, semoga solat dan ibadah harian anda lebih selesa dan mudah. Selamat mencuba Telekung Medina. ☺

Tentang Muslim Brand

Muslim Brand

Kupasan produk keluaran muslim untuk rujukkan para pengguna. Gunakan kuasa membeli anda dengan bijak. Sokong produk keluaran muslim, tingkatkan ekonomi ummah.

Muslim Brand

Kami membuat kupasan mingguan terhadap pelbagai produk keluaran muslim yang ada di dalam pasaran untuk rujukkan anda. Sokong produk keluaran muslim, gunakan kuasa beli anda dengan bijak.

Peniaga muslim, inginkan kami reviu produk anda di segmen ini?