Umum mengetahui terdapat dua perayaan terbesar dalam kalendar umat Islam yang diraikan setiap tahun, iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.

Seakan sama tapi tidak serupa, itulah yang boleh dikatakan mengenai dua hari raya ini. Apakah perbezaan antara keduanya? Mari, baca selanjutnya.

Hari Raya Aidilfitri

#1- Hari raya ini disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah.
#2- Nama lain bagi hari raya ini ialah Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah atau Hari Lebaran.
#3- Diraikan setelah umat Islam berjaya menjalani ibadah berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan.
#4- Adanya pensyariatan zakat fitrah yang perlu dilakukan sebelum solat sunat Aidilfitri didirikan.
#5- Solat sunat Aidilfitri kebiasaannya dilewatkan sedikit bagi memberi ruang kepada mereka yang belum menunaikan zakat fitrah.
#6- Umat Islam disunatkan untuk makan terlebih dahulu sebelum pergi ke masjid.
#7- Takbir bagi Hari Raya aidilfitri ini bermula sejak terbenamnya matahari (hari terakhir bulan Ramadhan) sehingga selesai solat sunat Aidilfitri pada 1 Syawal tahun hijrah.

Hari Raya Aidiladha

Boleh Sumbangkan RM10 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Keterangan Lanjut

#1- Hari Raya ini disambut selama empat hari iaitu pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
#2- Nama lain bagi hari raya ini ialah Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban.
#3- Diraikan bagi memperingati peristiwa pengorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s yang sanggup hendak menyembelih anaknya, Nabi Ismail atas dasar ketaatan serta kepatuhannya kepada Allah. Namun begitu, ia diganti dengan binatang kibas.
#4- Adanya pensyariatan untuk melaksanakan ibadah korban.
#5- Solat sunat Aidiladha kebiasaannya diawalkan waktunya bagi memberi lebih banyak masa kepada umat Islam untuk melaksanakan penyembelihan korban.
#6- Umat Islam disunatkan untuk makan setelah menunaikan solat sunat Aidiladha.
#7- Takbir bagi Hari Raya Aidiladha ini dilakukan sejak malam 10 Zulhijjah sehingga terbenamnya matahari 13 Zulhijjah.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan pencerahan kepada kita dalam menjalani kedua ibadah ini. Mudah-mudahan, ia bernilai di sisi-Nya. Allahumma amiin. Wallahua’lam.

Tentang Marina

Marina

Beliau merupakan pelajar lepasan Universiti Sultan Zainal Abidin (uniSZA) dalam bidang Pengajian Islam. Kini beliau seorang editor di salah sebuah syarikat penerbitan buku. Menulis adalah salah satu dari minatnya dan beliau turut menghasilkan sebuah karya pertamanya yang berjudul , '' Himpunan Kisah Kaum-Kaum Binasa''.

Dakwah Digital

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.