Hati adalah cerminan peribadi seseorang. Daripada hati juga, lahirnya sifat-sifat mahmudah dan mazmumah.

Pokok pangkalnya, setiap perbuatan mahupun tingkah laku yang kita lakukan ini segalanya bermula dari hati.

Hatilah yang menggerakkan anggota tubuh kita untuk melakukan sama ada perkara itu baik atau sebaliknya.

Jika hati berkeledak dengan segala penyakit hati, mana mungkin ia akan menterjemahkan kebaikan.

Oleh itu, bagaimanakah caranya untuk menyucikan hati yang seperti ini? Berikut dikongsikan;

Boleh Sumbangkan RM10 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Keterangan Lanjut

#1 – Membaca Al-Quran Dan Terjemahannya

Al-Quran adalah kalam atau ‘kata-kata’ daripada Allah s.w.t yang diturunkan dalam bahasa Arab.

Al-Quran disampaikan melalui perantaraan malaikat Jibril kepada Rasulullah s.a.w secara mutawatir (berperingkat).

Setiap Muslim wajib beriman dengannya, membaca serta memahami terjemahannya.

Al-Quran merupakan kitab panduan utama bagi memandu arah perjalanan sebagai seorang hamba agar tidak terpesong ke jalan yang lain.

#2 – Solat Malam

Solat malam atau qiamullail merupakan salah satu amalan sunnah Rasulullah s.a.w juga para solihin.

Amalan ini secara tidak langsung akan mendekatkan seorang hamba kepada Tuhannya, seterusnya menzahirkan rasa syukurnya kita kepada-Nya.

Biasanya dilakukan di malam hari tatkala orang lain sedang lena tidur. Ibadah qiamulail ini juga terbukti memberi kesan terhadap keperibadian seseorang Muslim.

#3 – Berkumpul Bersama Orang Yang Soleh

Orang soleh adalah mereka yang paling hampir kepada Allah s.w.t dan memiliki kefahaman agama yang cukup tinggi.

Oleh itu, dengan berkumpul bersama mereka di majlis-majlis ilmu diharapkan dapat memberikan ‘makanan’ kepada rohani kita yang kering.

Seterusnya, menyuburkan hati yang sarat dengan ‘penyakit’.

#4 – Berpuasa

Puasa adalah menahan diri daripada makan dan minum serta segala perkara yang boleh membatalkannya mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Puasa juga adalah amalan para anbiya terdahulu. Dengan berpuasa juga dapat menundukkan hawa nafsu seterusnya melatih diri menjadi hamba yang bersyukur serta sabar.

#5 – Berzikir

Zikir adalah menyebut dan memuji-muji nama serta sifat-sifat terpuji milik Allah s.w.t. dengan berzikir, hati akan menjadi tenang.

Zikir juga merupakan amalan para solihin untuk mendekatkan diri mereka kepada Allah s.w.t. Bahkan, zikir juga dapat membersihkan kekotoran hati serta melembutkan hati yang keras.

Anggota fizikal jika sakit, kita segera ke klinik atau hospital untuk menerima rawatan bagi menyembuhkannya.

Adapun bagi hati yang ‘berpenyakit’ inilah antara ‘ubatnya’ yang boleh dicuba serta diamalkan dalam hidup seharian.

Mudah-mudahan, dengan cara ini dapat menghidupkan kembali hati yang telah ‘mati’. Moga bermanfaat. Wallahua’lam.

Tentang Marina

Marina

Beliau merupakan pelajar lepasan Universiti Sultan Zainal Abidin (uniSZA) dalam bidang Pengajian Islam. Kini beliau seorang editor di salah sebuah syarikat penerbitan buku. Menulis adalah salah satu dari minatnya dan beliau turut menghasilkan sebuah karya pertamanya yang berjudul , '' Himpunan Kisah Kaum-Kaum Binasa''.

Dakwah Digital

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.