Nasihat : Jangan buang masa dengan tip kedua dan seterusnya jika tip pertama tidak dibuat.

Jika mak ayah kita dulu berkahwin selalunya dengan pilihan orang tua, kebanyakan kita pula berkahwin atas pilihan sendiri.

Sudah semestinya pilihan kita itu didasari perasaan cinta terhadap pasangan kita. Seiring masa berlalu, cinta seakan pudar dikaburi oleh tanggungjawab yang lebih berat: mengurus keluarga yang semakin besar.

Si suami sibuk dengan kerja, anak-anak semakin membesar, belanja persekolahan dan kolej bertambah maka kerja juga tidak mencukupi hanya dengan satu pekerjaan.

Si isteri (samada bekerja di pejabat atau surirumah) kesibukannya tetap banyak, dari pagi hingga waktu tidur sibuk menguruskan diri dan keluarga.

Boleh Sumbangkan RM10 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Keterangan Lanjut

Kurangnya masa berdua-duaan dengan pasangan membuatkan cinta seakan tidak diberikan perhatian sedangkan cinta seumpama pokok yang perlu disiram dan dibaja.

Apabila si isteri terlalu sibuk dengan urusan rumah tangga dan anak-anak, perhatian dan cinta yang diharapkan oleh suami juga kian berkurangan.

Lebih-lebih lagi si isteri menganggap anak-anak yang masih kecil perlu lebih perhatiannya sedangkan suami juga rindukan perhatian isteri.

Inginkah anda menikmati kembali cinta dan perhatian dari si isteri? Jom rebut kembali cinta isteri anda dengan tip-tip berikut:

#1 -Ikhlaskan Cinta Terhadap Isteri

Ketika isteri tidur, renung wajahnya yang lelah kepenatan seharian menguruskan rumahtangga dan anak-anak.

Kenang kembali betapa cintanya anda terhadap isteri ketika mengahwininya dulu. Ingat saat manis bersamanya dulu. Fikirkan pengorbanannya untuk bersama dengan anda. Ikhlaskan cinta anda padanya.

Ingat mengapa anda memilih dia sebagai isteri dahulu dan fikirkan betapa dia bertahan dengan kerenah anda selama ini. Cintai insan yang anda pilih ini dan bahagiakan dia.

#2 – Rancang Masa Berdua Bersamanya

Pilih tarikh istimewa misalnya tarikh perkahwinan atau tarikh mula berkenalan dengannya. Jika sama-sama bekerja, ambil cuti. Untukkan sehari suntuk masa untuk anda berdua.

Jika anak-anak sedang bersekolah, uruskan agar ada yang menjemput mereka pulang. Dari pagi hingga petang atau malam, adalah masa anda berdating dengan isteri, tanpa sesiapa bersama.

Bila sudah berdua, pergi bersarapan di tempat yang kalian suka, pergi menonton wayang bersama (jika sukakan filem) dan beralah untuk menonton filem yang dia suka (walaupun anda tak berasa nak suka).

Ingat, tujuan date berdua untuk menyemarakkan cinta, bukan untuk cari gaduh. Jika sama-sama sukakan hasil kesenian, pergi tengok pameran kesenian.

Jika suka mendaki gunung, pergi bersama-sama. Dengan meluangkan masa berdua tanpa gangguan, bakal mengembalikan kemesraan bersama.

Jadikan dua atau tiga tarikh tertentu dalam setahun sebagai masa yang ditunggu-tunggu oleh pasangan pada setiap tahun kerana anda mencipta momen berdua-duaan dengannya pada tarikh tertentu.

#3 – Sesekali Berikan Bunga Atau Hadiah Kecil Untuknya

Jangan buat selalu kerana hadiah yang sering atau mudah didapati, kurang manisnya. Rancang, setahun satu atau dua kali belikan bunga atau hadiah comel untuknya.

Tetapi sebelum beli, pastikan yang dia bukan seorang yang benci terhadap bunga. Atau jika mahu belikan sesuatu untuknya, pastikan dulu minatnya. Jika minatnya novel, belikan novel untuknya.

Jika anda sebelum ini tidak pernah belikan dia bunga, dia akan berasa pelik dengan perubahan anda dan mungkin akan curiga dengan motif anda. Anda boleh katakan kepadanya sambil hulurkan bunga :

“Selama ini abang tak pernah belikan ayang bunga. Abang fikir abang nak buat sesuatu untuk hargai sayang, jadi abang belikan bunga ni. Manalah tahu, kalau abang pergi dulu… abang nak sayang tahu yang abang sayangkan ayang. “

Bila diucap dengan nada yang lemah lembut, cair hati perempuan dibuatnya. Dia mungkin buat-buat bising

“Abang ni membazir duit aje beli bunga ni…. Bla bla bla”

Namun sebenarnya di dalam hatinya terselit rasa bangga dan terharu kerana di hargai.
Jangan pula cakap begini :

“Mmm… abang ada belikan bunga untuk awak tu. Ada kat atas meja dapur tu, abang letak.”

Sambil sibuk membelek-belek surat khabar tanpa mengangkat muka memandang isteri yang letakkan air minuman di depan anda, atau diucapkan ketika anda sibuk melayan telefon bimbit anda, tanpa menoleh ke arahnya.

Jika dibuat begini, anda memang tidak hargai pasangan anda. Jadi jangan haraplah dia mahu berikan cinta dan perhatiannya pada anda.

Jiwa wanita lembut. Jika anda buat tak layan padanya, dia akan bersedih dan memendam rasa bertahun lamanya.

#4 – Sesekali Ucapkanlah Cinta

Bila kali terakhir anda ucapkan perasaan cinta anda pada isteri? Sebelum kahwin? Masa baru kahwin? Beberapa tahun yang lalu?

Jika esok tiada lagi dalam hidup anda, salah satu kekesalan yang timbul adalah kerana anda tidak ucapkan betapa anda sayangkan ahli keluarga anda, salah satunya adalah isteri anda.

Anda masih bernyawa? Bagus! Ambil peluang yang mungkin yang terakhir ini untuk ucapkan cinta dan kasih sayang anda kepada isteri anda.

Boleh Sumbangkan RM10 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Keterangan Lanjut

Jika sudah terlalu lama tidak diucapkan, si isteri pasti berasa pelik dan menyangka yang anda sudah buang tabiat (sudah mahu mati) gamaknya.

Senyum dan katakan kepadanya yang anda bimbang tidak sempat beritahu kepadanya yang anda sayangkan dia.

Besar kebarangkalian, dia akan rasa terharu dan sedikit bimbang jika anda sebenarnya memang benar-benar buang tabiat sebelum mati.

Ini akan meningkatkan perhatiannya kepada anda dan kemungkinan besar membuatkan dia lebih prihatin dan membalas perhatian cinta anda kepadanya.

#5 – Ucapkan Tahniah Kepadanya Atas Kejayaan Anak-Anak

Anak anda berjaya? Jangan hanya ucapkan tahniah kepada anak anda sahaja. Ucapkan tahniah kepada isteri anda kerana usahanya mendidik anak-anak lah yang menjadi salah satu sebab membuatkan anak anda berjaya.

Jika anda raikan anak anda atas kejayaannya, raikan sama isteri anda. Dia akan rasa yang usaha dan prihatinnya terhadap kemajuan dan kejayaan anak-anak dihargai oleh insan yang paling dia sayang.

Mudah sahaja tip-tip untuk merebut kembali cinta isteri ini. Buat dengan bersungguh-sungguh dan ingatlah bahawa;

“it’s takes two to tango”

2 orang diperlukan untuk menjayakan “dicintai dan menyintai” ini.

Jangan hanya mengharap perhatian dan cinta sang isteri sedangkan anda sendiri abaikan dia. Selamat bercinta kembali!

Tentang Zyza Backy

Zyza Backy

Seorang penulis sambilan, sambil bekerja sebagai Pengurus Pejabat di firma guaman. Menubuhkan Grande Myriad Multimedia Sdn Bhd, menjalankan perniagaan berkaitan multimedia antaranya penggambaran drama dan video, penyuntingan filem, drama dan video, rekaan grafik serta pengurusan majlis.

Dakwah Digital

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.