“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, “Kami telah beriman” sedang mereka tidak diuji? Dan sesaungguhnya Kami telah menguji orang orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang benar dan Dia mengetahui orang-orang yang dusta”Surah Al-Ankabut Ayat 2-3

Kehidupan yang sementara ini sentiasa dikelilingi oleh masalah yang hadir. Masalah ini juga adalah sebagai ujian untuk menguji kekuatan iman kita kepada-Nya.

Ujian dalam bentuk keluarga, pekerjaan, persekitaran atau diri sendiri yang akhirnya secara tidak langsung akan membawa kepada stress.

Namun begitu. Ramai antara kita tidak menyedari akan kebaikan stress dalam kehidupan. 5 daripadanya adalah :

#1 – Lebih Banyak Mengingati Sang Pencipta

Menjadi lumrah bagi setiap manusia untuk merasa tertekan/stress apabila menemui jalan buntu, apabila berhadapan dengan masalah.

Boleh Sumbangkan RM10 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Keterangan Lanjut

Jalan penyelesaian terakhir yang akan kita cari setelah menemui kebuntuan adalah mendekatkan diri kepada Allah.

Pendekatan ini melalui amalan seperti solat dan zikir yang membuatkan kita tenang dalam mengingati-Nya. Seterusnya menginsafi diri yang sentiasa dalam kelalaian ketika senang.

#2 – Meneroka Tahap Ketahanan Diri Ketika Menghadapi Stress

“We never know how strong we are, until being strong is the only choices”

Kita seringkali akan merasakan untuk mustahil bagi kita sekiranya berhadapan dengan ujian yang berat.

Sedangkan Allah lebih mengetahui akan sesuatu yang kita sebagai hamba-Nya terbatas. Kebanyakkan manusia juga sifatnya mudah selesa dengan kesenangan yang berpanjangan.

Oleh itu apabila berhadapan dengan masalah dan stress, ketahanan diri akan teruji secara mental dan fizikal. Di sini kita akan dapat mengetahui sejauh mana kemampuan kita untuk berhadapan dengan masalah tersebut dan menyelesaikannya dengan bijak.

#3 – Ruang Untuk Diri Bertenang Dan Berehat

Apabila datangnya ujian, jangan kita terlalu cepat melatah dan berputus asa. Sebaiknya kita perlu menarik nafas panjang dan bertenang buat seketika.

Hal ini kerana setiap masalah yang hadir perlu diatasi dengan sebaiknya.

Oleh itu, sebaiknya kita berusaha untuk menghayati setiap perkara yang berlaku secara positif.

Ujian yang datang boleh dianggap sebagai peluang untuk kita berehat setelah begitu sibuk dengan kehidupan duniawi.

#4 – Kecekapan Dalam Menyelesaikan Masalah Secara Produktif

Penerimaan terhadap tekanan dan masalah bagi setiap individu tidak sama. Bagi sesetengah pihak, bekerja dalam tekanan yang tinggi dapat memberikan hasil yang berkualiti.

Manakala bagi mereka yang lain, tekanan akan membuatkan mereka cepat mengalah dan lemah.

Kita sendiri tidak akan menyedari kelebihan dalam diri kita sehinggalah kita berhadapan dengan sesuatu yang membuatkan kita harus menyelesaikannya dengan pengakhiran yang baik

#5 – Mengetahui Akan Kelemahan Diri Sendiri

Kadangkala kita sendiri tidak menyedari kelemahan dan kekuatan diri kita dengan tepat, ia bergantung kepada penerimaan diri sendiri.

Bagaimana kita menjadikan tekanan sebagai landasan untuk kita uji tahap ketahanan mental dan fizikal diri dalam berbagai-bagai bentuk masalah yang dihadapi.

Dengan itu kita akan dapat mengatasi kelemahan diri terlebih dahulu sebelum mencari jalan penyelesaian bagi masalah yang dihadapi.

Cara ini juga secara tidak langsung akan perlahan-lahan mengurangkan tekanan yang dialami.

Oleh itu, kita perlu sentiasa bertenang dan memohon agar dilapangkan dada setiap kali menghadapi tekanan melalui masalah yang datang. Ingatlah bahawa, akhirnya kepada Allah juga segala urusan dikembalikan. Wallahualam

Artikel Berkaitan:
8 Amalan Mengurus Stress Menurut Islam
15 Rahsia Hidup Bahagia Dan Berjiwa Lapang

Tentang Izzah Atira

Izzah Atira

Hobi beliau adalah membaca bahan bacaan pelbagai genre , memerhati gelagat orang awam di tempat terbuka. Sangat meminati bidang berkaitan sastera dan puisi.

Dakwah Digital

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.