Ibadah

5 Amalan Pada Hari Jumaat Yang Rugi Jika Ditinggalkan

Oleh Tim Tazkirah  •  6 May 2018  •  4 min baca

Hari Jumaat merupakan penghulu bagi segala hari. Pada hari ini jugalah terkumpul segala fadhilat dan kelebihan dalam beramal.

Maka sepatutnya kaum muslimin menjadikannya sebagai satu peluang untuk direbut bagi meningkatkan kuantiti dan kualiti amalan mereka seperti 5 amalan yang dianjurkan oleh syarak;

#1 – Membersihkan Diri

Mandi, bersugi, memakai wangi-wangian dan memakai pakaian yang terbaik adalah sangat digalakkan bahkan mendapat pahala sebelum datang ke masjid.

“Tidak mandi seorang lelaki pada hari Jumaat dan membersihkan dirinya setakat yang termampu, seterusnya beliau meminyakkan rambut, mengenakan wangi-wangian harum yang dimilikinya di rumah, lantas dia keluar (ke masjid) dan dia tidak mencelah di antara dua orang (di dalam masjid), lalu dia bersolat apa yang diwajibkan ke atasnya. Dan sesudah itu duduk diam sewaktu imam sedang berkhutbah, melainkan diampunkan segala dosanya dari Jumaat tersebut hinggalah ke Jumaat yang akan datang.” Riwayat al-Bukhari

#2 – Membaca Surah Al Kahfi

Terdapat pelbagai kelebihan membaca Surah Al Kahfi antaranya menghindarkan diri daripada fitnah dajjal dan juga akan memperoleh pengampunan dosa diantara dua Jumaat. Rasulullah SAW bersabda;

“Barangsiapa membaca Surah Al Kahfi pada hari Jumaat, maka akan dipancarkan cahaya untuknya di antara dua Jumaat.”Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi

Ada yang bertanya mana lagi afdhal membaca Surah Yasin atau Al Kahfi?

Boleh dibaca kedua-duanya sekali tetapi yang lebih afdhal membaca Surah Al Kahfi berdasarkan hadis sahih.

Elakkan diri daripada sibuk bergaduh pasal al Kahfi atau Yasin, sedangkan pahala bagi orang yang membaca al Quran adalah besar, setiap huruf digandakan sepuluh kali ganda.

#3 – Berselawat Kepada Nabi Muhammad SAW

Memperbanyakkan berselawat kepada Nabi SAW adalah digalakkan pada setiap masa. Namun, pada hari Jumaat lebih diutamakan kerana lebih banyak kelebihan dan berganda pahalanya.

Selawat ini adalah sebagai simbol bagi menzahirkan kecintaan dan ingatan kita kepada Nabi SAW.

Orang yang kita cintai biasanya akan selalu terbayang di minda dan sering terucap di bibir.

Maka sepatutnya kecintaan sebegitu adalah layak untuk Rasulullah SAW atau mungkinkah kita langsung tidak ingat kepada Baginda. Berkata ulama;

“Kalau dikumpulkan kasih seluruh umat kepada Rasulullah, masih belum dapat menandingi kasih Rasullullah kepada umatnya”

Allah berfirman dalam Al-Quran yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah Taala dan para malaikat telah berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna ke atasnya (Nabi)” Surah Al-Ahzab: 56

#4 – Solat Jumaat

Menunaikan solat Jumaat bagi lelaki yang cukup syaratnya adalah wajib kecuali jika terdapat keuzuran yang dibenarkan syarak.

Solat Jumaat dua rakaat yang difardhukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu diambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah SWT daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan. Rasulullah SAW bersabda;

“Barangsiapa yang mandi seperti mandi janabah (mandi daripada hadas besar) pada hari jumaat, kemudian ia pergi ke masjid pada waktu yang pertama, maka pahalanya seperti pahala berkorban seekor unta. Siapa yang pergi ke masjid pada waktu kedua, maka pahalanya seperti berkorban seekor lembu. Siapa yang pergi ke masjid pada waktu yang ketiga, maka pahalanya seperti berkorban seekor kambing. Siapa yang pergi ke masjid pada waktu yang keempat, maka pahalanya seperti pahala berkorban seekor ayam. Siapa yang tiba di masjid pada waktu yang kelima, maka pahalanya seperti berkorban sebiji telur. Apabila imam telah keluar, para malaikat hadir untuk mendengarkan khutbah (dan tidak ada lagi yang mencatat setelah itu).” Riwayat Muslim No: 1403

#5- Bersedekah

Salah satu amalan yang begitu digalakkan pada hari Jumaat adalah memberi sedekah.

Jika kebiasaan hari kita tidak sempat untuk bersedekah, maka eloklah kita jadikan tabung masjid pada hari jumaat sebagai tabung pahala kita.

Belum tentu harta yang kita ada sekarang adalah milik kita tetapi harta yang kita infaq pastinya akan menjadi milik kita.

Allah SWT juga akan melipat gandakan ganjaran bagi orang yang bersedekah sebagaimana firman Allah yang bermaksud;

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.” Surah Al-Baqarah: 261

Mudah-mudahan Allah menerima ibadat kita dengan hendak-Nya walaupun hakikatnya masih banyaknya kurang dan silap kita.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Tim Tazkirah

Tim Tazkirah

Tazkirah.net merupakan wadah untuk komuniti Islam saling berkongsi ilmu pengetahuan, pandangan dan pengalaman mereka sebagai satu peringatan untuk menjadi muslim yang lebih baik.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami