Inspirasi

4 Hadis Penguat Jiwa Buat Anda

Oleh Fathy  •  9 Jan 2018  •  3 min baca

Fitrah manusia selalu membuat kesilapan, dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan, tahun ke tahun.

Jadi, kita sebagai hamba Tuhan, perlu meminta pertolongan kepada-Nya. Usah malu usah segan dengan dosa lampau.

Kata-kata Inggeris;

No matter how far you’ve turned away from Allah, run back to Him

Kata-kata ini memang pahit untuk ditelan, mereka yang tidak pernah mengalami situasi begini mudah berfikir simplistik, yang menanggungnya kita sendiri bukan mereka.

#1 – Hadis Pertama

”Setiap anak Adam pasti berbuat salah dan sebaik-baik orang yang berbuat kesalahan adalah yang bertaubat Sahih Muslim

Hadis ini menerangkan, jika anak Adam itu berbuat salah, cepat-cepat bertaubat. Kalau melakukan lagi kesalahan, cepat-cepat bertaubat daripada kesalahan itu.

Memang setiap perilaku yang kita telah lakukan kadang-kadang menimbulkan kesal pada sendiri, monolog diri sendiri;

”Kenapa aku buat begitu. Kenapalah sanggup aku lakukan begini”

Itu biasa, sedangkan Nabi pun pernah berdoa kepada Allah semoga mereka tidak menzalimi diri sendiri. Antara doa Nabi Yunus;

“Tidak ada tuhan yang disembah kecuali Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk diantara orang-orang yang berbuat aniaya.”

Doa Nabi Adam pula;

Ya Tuhan kami, kami telah menzalimi diri kami sendiri. Jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya kami termasuk orang-orang yang rugi.

Meskipun begitu, usahlah mengambil ringan daripada hadis ini. Sesungguhnya Allah Maha Melihat lagi Maha Mengetahui sebelum, semasa dan selepas hambanya berniat.

#2 – Hadis Kedua

Ya Allah berilah kami kebaikan di dunia dan di akhirat, dan lindungilah kami dari azab neraka. Riwayat Bukhari

Sama-sama kita amalkan doa ini, bagi memohon pertolongan di dunia dan akhirat. Kita tidak tahu perakhiran kematian kita, adakah baik ataupun sebaliknya.

Di kala kita alpa dengan dunia, akhirat kita terlupa untuk menanam benih pahala. Supaya di akhirat kelak kita boleh menuai.

Dalam solat fardu, 17 kali kita baca surah Al-Fatihah dan ayat ke 6, 7 tunjukilah kami jalan yang lurus iaitu jalan orang-orang telah Engkau beri nikmat kepada mereka, dan bukan pula jalan mereka yang sesat. Kita seorang diri tidak mampu mengawal diri sendiri.

#3 – Hadis Ketiga

Wahai Tuhan yang Maha Hidup dan berdiri sendiri dengan rahmat Mu, aku memohon pertolongan. Perbaikilah urusan ku keseluruhnya. Jangan Engkau serahkan diri ini kepada ku sendiri walau sekelip mata.

Insan yang bernama manusia, selalu silap dalam membuat perkara. Baik dalam keadaan mahupun dalam keadaan tidak sedar.

Maka dengan doa ini pohonlah kepada Allah, bimbinglah hamba ini sebaik-baiknya.

Dalam tahajud kita luahkan segalanya. Waktu senyap sunyi, di kala insan lain nyeyak tidur. Kita tadah tangan, sujud pinta pertolongan.

#4 – Hadis Keempat

Imam Fudhail bin ‘Iyadh pernah menyebutkan perkataan di atas, lalu beliau menangis. Kemudian beliau berkata;

Aku memohon kepada Allah agar menjadikan kita daripada kalangan orang yang baik pada baki (kehidupan) At-Thuyuriyyat, no: 130

Hadis ini mengajar untuk kita terus memandang ke hadapan walau apa pun kisah hitam kita di masa yang lalu.

Tiada siapa yang tidak pernah berdosa. Usah biarkan dosa menghalang kita daripada kembali kepada Allah.

Buya Hamka dalam bukunya Falsafah Hidup;

“Pada burung ada tabiat mendidik anak-anaknya supaya percaya kepada diri sendiri. Ibu burung mendidik supaya anak-anaknya pandai terbang. Diajari selangkah ke selangkah, melangkahkan kaki dan mengiraikan sayap.”

Moga 4 hadis ini, hidup kita lebih ceria dan bertenaga. Jika dahulu kelam dan gelap, kini sudah ada sinar. Ingat Allah selalu.

Salam ceria, salam gembira.

Rujukan;
Buku Falsafah Hidup Buya Hamka, Al Khafi Center.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Fathy

Fathy

Seorang yang suka membaca buku dan beliau aktif dalam menjadi fasilitator. Beliau juga sukakan kanak-kanak.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami