Inspirasi

3 Tokoh Remaja Hebat Dalam Sejarah Islam

Oleh Anas  •  23 Apr 2017  •  3 min baca

Seseorang boleh menjadi pemimpin walaupun usianya muda. Itulah yang dapat dilihat dalam diri remaja-remaja dalam sejarah Islam terutamanya semasa zaman awal berkembangnya Islam.

Rasulullah menghargai para pemuda dan memberikan mereka kebenaran untuk memikul tanggungjawab yang besar. Walaupun terdapat banyak lagi nama boleh dikongsi di sini, tiga nama berikut dipilih pada masa ini. Mereka ialah:

#1 – Usamah bin Zayd

Beliau mendapat gelaran Hibb Rasulillah yang bermaksud ‘jantung hati Rasulullah’. Ini kerana Rasulullah amat menyayangi Usamah sebagaimana Baginda menyayangi Hasan dan Husein. Malah, Rasulullah pernah menjadikan Usamah sebagai anak angkat Baginda.

Usamah dilahirkan di Mekah 7 tahun sebelum Hijrah. Bapanya iaitu Zaid bin Haritsah merupakan individu terawal memeluk Islam. Ibunya, Ummu Aiman, pula adalah wanita yang pernah menyusukan anak-anak Nabi.

Tugas yang pernah diberikan kepada Usamah adalah tugas yang berat. Usamah bin Zayd diberikan tanggungjawab sebagai panglima perang semasa Rasulullah tidak menyertai peperangan tersebut. Rasulullah meyakini kemampuan Usamah walaupun usianya pada masa itu baru mencecah 17 tahun.

#2 – Mus’ab bin Umayr

Terkenal kerana keberaniannya, Mus’ab bin Umayr menjadi anntara yang terawal terlibat dalam episod perkembangan Islam. Mus’ab mendapat dua gelaran iaitu Safir al-Islam yang bermaksud ‘orang baik’ dan Mus’ab al-Qari yang bererti ‘penghafal al-Quran’.

Mus’ab lahir dalam kekayaan dan harta yang melimpah-ruah. Dia juga dikatakan paling berwibawa, tampan, lembut, teguh pendirian, dan memakai wangian yang harum.

Walaupun begitu, kekayaan itu hilang apabila Mus’ab membuat keputusan untuk memasuki Islam walaupun ditentang ibunya sendiri.

Mus’ab adalah antara yang terawal memeluk Islam. Malah, ramai yang masuk Islam melalui Mus’ab seperti Sa’ad bin Muaz. Rasulullah pernah menghantar Muaz untuk mengajar Islam kepada penduduk Madinah yang memeluk Islam.

Mus’ab juga menjadi orang pertama yang mendirikan solat Jumaat. Mus’ab menjadi pembawa bendera Nabi dalam perang Badar dan perang Uhud.

Dalam perang Uhud, musuh telah memotong tangan kanannya. Lalu, Mus’ab memegangnya dengan tangan kirinya pula. Dipotong pula tangan kirinya. Mus’ab tetap tidak menjatuhkan bendera. Malah meletakkannya di dadanya. Akhirnya, musuh memanah dada Mus’ab. Mus’ab gugur sebagai pahlawan syahid.

Mus’ab syahid dengan harta yang ada hanyalah sehelai kain. Ada riwayat menyebut bahawa surah al-Ahzab, ayat 23 diturunkan mengenainya:

#3 – Muadz bin Jabal

Rasulullah SAW pernah mengatakan,

“Orang yang paling memahami tentang perkara halal haram di antara umatku adalah Mu’az bin Jabal.”

Mu’az bin Jabal biasa dipanggil Abu Abdul Rahman. Beliau seorang yang cerdas, mempunyai kata-kata yang baik, berwibawa, tampan, dengan budi pekerti cemerlang. Mu’az bin Jabal merupakan salah seorang antara enam sahabat yang menghafal al-Quran.

Ibn Mas’ud pernah berkata,

“Mu’az adalah orang yang selalu khusyuk dalam beribadah kepada Allah dan beragama secara hanif. Kami biasa menyamakan Mu’az dengan Nabi Ibrahim.”

Mu’az juga pernah menyertai beberapa peperangan termasuk Perang Badar. Rasulullah juga pernah memberikan beliau tanggungjawab sebagai hakim dan guru di Yaman. Semasa mengutusnya, Rasulullah membawakannya sepucuk surat untuk diberikan kepada penduduk di sana dengan menulis di dalamnya,

“Aku utus kepada kamu semua, orang terbaik dalam keluargaku.”

Sebelum ke Yaman, Rasulullah bertanya kepadanya;

“Berdasarkan apa kamu memutuskan perkara, wahai Mu’az?”

“Dengan kitab Allah (al-Qur’an)” Jawab Mu’az.

“Jika kamu tidak menemuinya dalam kitab Allah?”

“Aku putuskan berdasarkan Sunnah Rasulullah.”

“Jika tidak dijumpai di dalam Sunnah Rasulullah.”

“Aku akan berijtihad dengan menggunakan akal fikiranku.”

“Segala puji hanya bagi Allah yang telah memberika petunjuk-Nya kepada utusan RasulNya.” Balas Rasulullah.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Anas

Anas

Seorang penulis yang suka bereksperimentasi dengan pelbagai bidang dalam penulisan. Pernah menulis buku kanak-kanak dan juga majalah.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami