Musim raya ini biasanya akan jumpa rakan dan taulan. Macam-macam cerita dikongsi. Antaranya pastilah terlebih makan.

“Aku makan macam tak ingat dunia”, kata Chid mulakan cerita episod sesal beliau.

“Awalnya ingat dapat bertahan. Masuk rumah jer tengok kuih raya, ketupat, lemang, cair aku. Bau satu-satu tu yang aku tak tahan. Siap berasap-asap lagi, perrgghhh,” sambung Chid lagi.

Yang lain pasang telinga. Angguk dan ketawa beramai-ramai. “Kami pun macam tu” kata mereka.

“Badan pun dah rasa tak selesa. Nak selesema pun ada. Sakit perut, sakit badan pun ada,” tambah Chid lagi dengan senyuman meleret hingga nampak gigi palsu tunggal beliau.

“Wei Rizal cerita sikit macam mana nak perbetui ni. Aku rasa teruk dah ni,” tambah Shah pula dengan muka cemas.

“Rileks Shah. Tok sah menangis,” kata Din menyakat. Yang lain tumpang ketawa.

Apabila makan tidak bersukat, ikut sedap, pasti akan ganggu sistem imun. Tubuh berkomunikasi. Beri tanda “Aku akan tumbang tidak lama lagi.”

Perlu faham bahasa tubuh ini. 3 makanan ini InsyaAllah boleh bantu tingkat sistem imun yang mula merosot:

#1 – Cendawan Butang (Button Mushroom)

Boleh buat sup. Campur ayam sikit. Dalam cendawan ada mineral seperti selenium. Ada riboflavin. Wujud niacin. Keduanya bantu sistem imun.

#2 – Yogurt

Mesti plain atau natural. Greek yogurt antara yang terbaik. Boleh tambah buah-buahan segar kalau mahu. Yogurt adalah probiotik. Ada kultur hidup. Sangat bagus untuk bakteria baik dalam usus.

#3 – Bayam

Luar biasa sayur yang kita pandang biasa ini. Ia mampu bina sel baru dan baiki DNA. Penuh dengan anti oksida dan Vitamin c. Apabila masak pastikan separuh masak. Jangan sampai lunyai. Buat masak air. Boleh juga campur dengan mushroom button.

Tubuh, usus dan otak kita nak pakai lama. Bukan sehari. Perlu beri prioriti. Ikut rasa semata boleh membinasa. Ikut ilmu pasti terjaga otak dan tubuh hingga hari tua mu.

Tentang Dr Rizal Abu Bakar

Dr Rizal Abu Bakar adalah pensyarah kanan di Universiti Malaysia Sarawak. Bidang kepakaran beliau adalah Brain and Overall Health. Bidang kajian dan klinikal beliau mencakupi aspek otak, tidur dan diet. Berpengalaman bekerja di beberapa agensi dan hospital di Australia. Beliau mempelopori aspek Brain-based Food, Brain-based Health, Brain-based Therapy, Brain-based Teaching dan Brain-based Learning. Beliau merupakan Master Trainer NLP dan gerakan Otak Cantik Otak Cerdik.

Muslim Brand

Kami membuat kupasan mingguan terhadap pelbagai produk keluaran muslim yang ada di dalam pasaran untuk rujukkan anda. Sokong produk keluaran muslim, gunakan kuasa beli anda dengan bijak.