Antara sebab kita wajib menjauhi makan minum atau memperolehi harta dengan cara haram disisi Allah ialah:

1. Penyebab Bagi Tidak Dimakbulkan Doa

Dalam satu hadits disebutkan:

“Kemudian Beliau SAW bercerita tentang seorang yang lusuh berdebu kerana jauh bermusafir menadah tangannya ke langit, sambil berdoa :

Ya Tuhan Ya Tuhan. Sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya (didapat dengan cara) haram, dan (tubuhnya) membesar dengan yang haram, bagaimana mungkin dikabulkan doanya?” Hadith Riwayar Muslim

Bagaimana mungkin keinginannya akan dikabulkan. Sementara mulut yang dia gunakan untuk berdoa digunakannya pula untuk menyuap makanan yang haram, dan tubuhnya membesar dari harta yang haram.

2. Akan Masuk Neraka

Nabi SAW bersabda yang artinya :

“Siapa yang dagingnya tumbuh dari (makanan) haram maka neraka lebih patut baginya”. Hadith Riwayat Tirmizy

3. Membahayakan Tubuh

Seperti arak, dadah, racun dan seumpamanya yang memudaratkan tubuh badan dan aqal serta juga keturunan. Ini jenis makanan haram yang memudaratkan manusia di dalam dunia.

Sejenis lagi ialah makanan atau minuman haram yang tidak memudaratkan tubuh badan dan kesihatan seperti nasi, roti dan seumpamanya tetapi ia dibeli dengan duit yang haram atau dari pendapatan yang haram atau usaha yang haram disisi syarak, maka ia tetap meudaratkan manusia selepas matinya yaitu diseksa di dalam neraka. Na’uzubillah.

Wallahua’lam

Tentang Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Azhar Idrus

Ustaz Azhar Idrus (UAI) merupakan seorang penceramah bebas yang berasal dari Terengganu. Penyampaian dan ceramah UIA amat bersahaja dan diselitkan dengan jawapan yang lucu tetapi tepat dan padat dalam loghat pekat Terengganu menjadikan dia penceramah agama yang popular dikalangan masyarakat muda. Orang ramai boleh bertanya soalan secara terus dan dijawab juga secara spontan.

Muslim Brand

Kami membuat kupasan mingguan terhadap pelbagai produk keluaran muslim yang ada di dalam pasaran untuk rujukkan anda. Sokong produk keluaran muslim, gunakan kuasa beli anda dengan bijak.