Setiap hari kita tidak terlepas dari bergurau senda. Gurauan seakan sebati dalam diri kita. Kadang-kadang bila kita stress di pejabat, tiba waktu pulang saat berada di dalam kereta kita cuba mencari stesen radio yang lincah panyampai radionya membuat kelakar. Terhibur hati kita mendengar senda gurau para penyampai radio.

Tetapi tidak kurang juga dengan gurauan yang mereka dan kita lakukan ada hati-hati yang terguris.

Tak kurang juga hati kita kadang kala terguris dek kerana gurauan oleh teman kita. Walaupun asalnya sekadar bergurau namun ada di sudut hati yang dalam berbekas terguris.

Jadi dalam bergurau perlu adanya tips yang sewajarnya kita perhatikan. Berikut adalah 15 tips dalam bergurau senda;

1. Hati-hati ketika bergurau jauhilah dari menipu dalam bergurau

Boleh Sumbangkan RM10 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Keterangan Lanjut

2. Elakkan dari membuatkan orang lain terasa hati

3. Bergurau diibaratkan seperti “garam di dalam masakan.” Jangan berlebihan pastikan secukup rasa sahaja, jika lebih itulah puncanya berlaku kecil hati dan terguris perasaan.

4. Tiada penghinaan mahupun fitnah dalam gurauan

5. Rasulullah pernah menyembur air (sekadar hembusan) ketika mengambil wudhu bersama kanak-kanak yang bersama baginda. Kanak-kanak tersebut sangat gembira.

6. Jangan aibkan contoh ambil gambar candid kawan kita sedang tidur, hukumnya boleh jadi berdosa kita.

7. Letakkan mesej yang baik dalam gurauan

8. Dilarang gurauan yang menakutkan menggunakan senjata yang merbahaya

9. Tidak bermain dengan perkara agama sehingga menghina atau memperlekehkan kedudukan agama yang suci

10. Menyelitkan gurauan dalam berdakwah agar lebih santai dan menarik untuk didengari oleh para pendengar

11. Tidak mengumpat dalam gurauan

12. Tidak memasukkan unsur lucah

13. Kata seorang sahabat;

“Ya Rasululullah aku ingin bermusafir, aku mahukan unta”

Rasulullah menjawab;

“aku akan berikan anak unta”

Jawab sahabat;

“aku ingin brmusafir bagaimana aku mahu naik anak unta Ya Rasulullah”

Baginda menjawab;

“mestilah aku berikan anak unta kerana semua unta adalah anak unta bukan dari anak yang lain”

14. Rasulullah pernah diminta oleh seorang wanita tua didoakan agar dapat duduk di syurga kelak, nabi menjawab;

“mak cik orang tua tiada di dalam syurga”

makcik tu bersedih dan berkata;

“bagaimana Ya Rasulullah aku ingin duduk di syurga kelak”

Rasulullah s.a.w hanya bergurau tanpa brbohong. Baginda menjawab;

“”tidak makcik, di syurga kelak tiada yang tua, semua akan menjadi muda, kelak makcik akan berada di syurga dalam keadaan yang muda.”

15. Seorang Arab Badwi dari kawasan pendalaman telah penat berniaga dari pagi hingga ke petang dan berpeluh, di saat kepenatan itu tiba-tiba beliau dipeluk oleh seseorang dari belakang dan orang itu berkata;

“siapa mahu beli hamba ini! siapa mahu beli hamba ini!”

Boleh Sumbangkan RM10 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Keterangan Lanjut

Lalu berpaling orang Badwi tersebut. Subhanaallah, orang yang melihat peristiwa itu tersenyum kerana orang yang memeluk itu adalah baginda Rasulullah S.A.W dan kepenatan Arab Badwi itu terubat. Hamba yang dimaksudkan oleh Rasulullah ialah hamba Allah.
 
Moga bermanfaat tips ini buat semua dan mudah-mudahan kita peroleh pahala bukan bala ya dalam gurauan kita seharian. Insyaa Allah

عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ. —البخاري ومسلم
Dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda: “Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga dia suka saudaranya mendapat (kebaikan seperti) apa yang dia sendiri suka mendapatnya.”

BACA LAGI :
11 Tip Bagi Menggembirakan Ibu Ayah Anda
Bagaimana Mahu Hidupkan Rasa Gembira Dan Tenang Dalam Kehidupan Seharian

Tentang Saripah Fadhilah Al-Yahya

Saripah Fadhilah Al-Yahya

Beliau merupakan graduan Universiti Sultan Zainal Abidin dalam Bidang Pengajian Islam Dakwah. Merupakan Felo Muda Dakwah di bawah Yayasan Dakwah Islamiyah Malaysia. Minat dalam penulisan dakwah, kerja-kerja kebajikan dan menyampaikan motivasi.

Dakwah Digital

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.