Inspirasi

12 Tokoh Usahawan Dari Zero Ke Hero

Oleh Marina  •  5 Mar 2017  •  4 min baca

Setiap kejayaan yang datang pastinya dimulakan dengan satu langkah. Dengan satu langkah itulah, seseorang dapat mulakan langkah yang seterusnya.

Tahukah anda, terdapat 12 tokoh usahawan dunia yang boleh dijadikan contoh bagi semua orang. Kerana apa? Hebat sangatkah mereka ini? Ya. Ini kerana, kebanyakan mereka ini bermula dari bawah, kosong, nothing atau ZERO. Kemudian, mereka bangkit dan memulakan langkah secara konsisten, usaha bersungguh-sungguh, tidak berputus asa sehinggalah masing-masing mencapai kejayaan.

Siapakah mereka yang dimaksudkan itu? Baca selanjutnya;

#1 – Larry Ellison

Tahukah anda, Larry Ellison merupakan pemilik Oracle iaitu perniagaan database terbesar di dunia. Pada awal penglibatan dirinya dalam dunia database, dia sangat miskin. Larry Ellison juga tidak memiliki pendidikan tinggi dan tidak habis persekolahan. Siapa sangka, kini dia tersenarai dalam kalangan individu terkaya di dunia.

#2 – Amancio Ortega

Amancio Ortego, dilahirkan dalam keluarga yang miskin. Bapanya seorang buruh kereta api dan ibunya pembantu rumah. Sejak usia 16 tahun, dia sudah bekerja. Dia mendapat idea untuk membuka perniagaan pakaian apabila mendapati tidak banyak kedai menjual pakaian yang menepati cita rasa pelanggan.
Kini, jenama pakaian miliknya iaitu Zara menjadi salah satu ikon fashion dunia.

#3 – Guy Laliberte

Pada masa mudanya, Guy Laliberte pernah mengalami kemalangan, pernah dipecat dari pekerjaannya, tidak memiliki wang dan rumah untuk tinggal. Dia juga pernah hidup merempat. Dahulu, dia pernah bekerja di tempat buat persembahan dan dia mendapati tiada tempat persembahan yang menarik. Hinggalah akhirnya dia mendirikan Cirque du Soleil, sarkis terbesar di dunia.

#4 – John Schnatter

Sejak berumur 15 tahun, John Schnatter bekerja di restoran pizza sebagai pencuci pinggan mangkuk untuk menyara kehidupannya. Dari situ, dia mendapat tahu pizza apa yang disukai pelanggan. Lalu, dia memulakan bisnesnya dengan membuka Papa John’s, yang kini menjadi perniagaan pizza terbesar di dunia.

#5 – Leonardo Del Vecchio

Sebelum dia lahir, ayahnya telah meninggal. Hidupnya miskin dan ibunya menyerahkan Del Vecchio untuk hidup di gereja. Sejak berumur 14 tahun, dia sudah mula bekerja untuk menyara hidupnya. Waktu pagi bekerja dan malam belajar. Setelah 6 tahun bekerja, dia membina Luxottica, iaitu perniagaan cermin mata terkenal dunia.

#6 – Adam Khoo

Asalnya, Adam Khoo bukanlah pelajar yang pintar. Setiap hari, masanya dihabiskan dengan bermain game dan menonton televisyen. Dia juga pernah masuk ke kelas paling corot di sekolah.

Disebabkan rakan-rakan mengejek, dia pun berusaha tingkatkan prestasinya. Hinggalah dia berjaya dalam dunia perniagaan. Bisnes pertamanya music box, ketika berusia 15 tahun. Kemudian, bisnes latihan dan seminar. Kebanyakan pelanggannya adalah usahawan terkemuka di Singapura.

#7 – Albert Enstein

Ilmuwan abad ke-20 ini terkenal dengan teori relaviti dan pernah memenangi anugerah Nobel. Dahulu dia merupakan seorang kanak-kanak yang lambat bercakap dan menghidap autisme.

#8 – Aristotle Onassis

Aristotle bukanlah pelajar yang cemerlang di sekolahnya. Dia sering berada di tempat paling bawah di kelasnya. Menariknya, dia memiliki kelebihan tersendiri iaitu bakatnya dalam berniaga, sehinggalah bergelar jutawan.

#9 – Thomas Alva Edison

Ketika Thomas Alva Edison berusia 4 tahun, gurunya menyerahkan surat kepada ibunya untuk mengeluarkan anaknya itu dari sekolah, kerana anaknya itu lembap dan susah untuk diajar. Dia hanya sempat belajar selama 3 bulan sahaja di sekolah. Sejak itu, ibunya mengajar anaknya sehinggalah dia menjadi seorang genius.

#10 – Chris Gardner

Kisah hidup Chris Gardner sama seperti buku atau filem Pursit of Happiness yang dilakonkan oleh Will Smith. Asalnya, dia bukanlah seorang yang hidup senang. Dia pernah hilang tempat tinggal, ditinggal isteri, ditangkap pihak berkuasa, gagal membayar hutang dan banyak lagi.

Walaupun tidak memiliki pendidikan yang tinggi, dia berusaha sehinggalah berjaya menjadi seorang milionair, motivator dan usahawan terkenal. Gardner Rich & Co, adalah sebuah perniagaan saham miliknya.

#11 – Ludwig Van Beethoven

Ketika berusia sekitar 20-an, tanda-tanda kebodohan mulai kelihatan padanya. Tetapi, anehnya dia berjaya menjadi komposer terkenal dengan pelbagai karya berkaitan muzik.

#12 – Louis Braille

Ketika berusia 3 tahun, Louis Braille mengalami kerosakan pada salah satu matanya akibat bermain alatan kerja milik ayahnya. Kemudian, mata yang satu lagi pula terkena jangkitan. Akibatnya, dia kehilangan kedua-dua matanya secara kekal. Lalu, dia mencipta alat untuk membaca yang kini dikenali sebagai abjad Braille.

Begitulah beberapa tokoh usahawan yang dahulunya tidak memiliki apa-apa dalam hidupnya, dan kini mampu tersenyum dengan kejayaan masing-masing. Walaupun kebanyakan mereka bukanlah beragama Islam, ini tidak bermakna kita tidak boleh mencontohi apa yang dilakukan mereka, asalkan ia tidak bercanggah dengan syariat.

Sesungguhnya, setiap kejayaan itu pasti disertai dengan kesungguhan dan tekad, bukan hanya duduk bersahaja tanpa berbuat apa-apa. Justeru, semoga kisah mereka mampu menginspirasikan umat Islam untuk lebih berjaya ke hadapan. InsyaAllah.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Marina

Marina

Merupakan graduan dari UNISZA, Terengganu dalam bidang Pengajian Islam dengan hasrat menggabungkan pelbagai pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki untuk manfaat komuniti. Menulis adalah salah satu dari minatnya dan beliau turut menghasilkan sebuah karya pertamanya yang berjudul , '' Himpunan Kisah Kaum-Kaum Binasa''.

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami