Gaya Hidup

10 Tips Menjadi Daie Efektif

Oleh Azlina  •  11 Jun 2018  •  4 min baca

Penulis ingin berkongsi tentang Daie. Siapakah Daei? Agamawan? Ustaz ustazah? Para asatizah? Para hafiz dan hafizah? Pemenang Program Daie Pendakwah Nusantara?

Maka adakah kita yang cetek ilmu agama ini boleh lepas tangan? Alasan yang biasa digunapakai untuk sedapkan hati;

“Aku bukan ustaz”

“Aku semua benda masih jahil”

Ini kalilah. Kita perlu berubah. Berubah perspektif tentang siapa Daie. Kitalah Daie. Jadi apa kelayakkan seorang Daie?

#1- Islam
#2- Berakal

Maka kanak-kanak juga layak menjadi Daie? Ya, kerana manusia dilahirkan dalam keadaan fitrah. Fitrah yang cintakan kebaikan.

Tugas Daie adalah menyebarkan kebaikan mengikut kehendak syariah. Kanak-kanak yang dididik berlandaskan Quran dan Sunnah, layak menjadi Daie. Bak kata pepatah;

“Dengar apa yang ingin disampaikan, bukan siapa yang menyampaikan.”

Daie tugasnya berdakwah. Apa itu dakwah? Dakwah itu mengajak, menjemput dan menyeru kepada kebaikan dan Islam.

Memetik kajian Prof Dr. Othman Chua dalam tulisan beliau bertajuk “Preaching to Non Muslim in Malaysia (Berdakwah kepada Belum Muslim di Malaysia), mendapati bahaw;a

90% belum Muslim menyatakan tiada yang pernah menceritakan tentang Islam/ berdakwah kepada mereka.

Nauzubillah himin zallik. Apa yang ingin kita jawab ketika bertemu Allah kelak. Tika kita dikelilingi rakan-rakan belum Muslim yang tidak pernah kita ceritakan tentang keindahan Islam.

Malahan ditambah lagi dengan akhlak kita yang tidak menggambarkan kesucian Islam. Astagfirullah hal a’zim. Ampunkan kejahilan kami Ya Allah. Khutbah terakhir Rasullulah S.A.W menyebut;

”Sampaikan kepada mereka yang tidak hadir agar mereka lebih memahami, sampaikan walau satu ayat.”

Buang persepsi tentang “susahnya berdakwah”. Ia mudah jika dilakukan mengikut kapasiti masing-masing. Setiap manusia dikurniakan keistimewaan tersendiri. Waima insan istimewa mahupun insan sempurna.

Yang petah bercakap, berdakwah dengan kata-kata hikmah. Yang pendiam, namun hebat bersukan boleh berdakwah melalui sukan.

Yang hebat menulis, berdakwah melalui tulisan. Sang artis berdakwah melalui lagu dan drama. Ia tiada sempadan. Hanya kerana silap persepsi, Daie hanya dilabel pada orang tertentu.

Jika kesempurnaan itu tuntutan menjadi Daie, pastinya kita tidak menerima cahaya Islam dari para sahabat yang masih baru mengenali Islam.

Sebagai Daie, wajib ada perasaan risaukan orang lain. Risau dari segi apa? Risau jika orang lain terjerumus ke neraka disebabkan kegagalan kita menjadi Daie.

Umumnya kita lebih mementingkan diri sendiri termasuk penulis. Kita cuma memastikan kita solat subuh berjemaah di masjid namun merelakan atau membiarkan isteri dan anak-anak diulit mimpi. Berikut 10 tips untuk menjadi Daie effektif;

#1- Sentiasa Perbaharui Niat

Setiap amalan bermula dengan niat. Ikhlaskan niat untuk mencari redhaNya. Ikhlas merupakan salah satu daripada 3 syarat amalan diterima.

Semoga kita terhindar daripada menjadi muflis di akhirat. Sangkaan banyak berbuat amalan namun nyata ditolakNya kerana niat terpesong;

#2- Skop Pernyampaian Berteraskan Mengenal Allah

Pastikan konten dakwah adalah berteraskan mengenal Allah S.W.T dan matlamat kita untuk kembali padaNya. Firman Allah S.W.T;

“Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada {mengesakan dan mematuhi perintah} Allah. Serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh.”Surah Al Fussilat : 33

#3- Selalu Menuntut Ilmu

Kewajiban menuntut ilmu sepanjang hayat. Bidang keutamaan ilmu yang perlu dituntut;
a.Tauhid (mengesakan Allah swt);
b.Akidah;
c.Fiqh perbandingan;
d.Tafsir Al Quran;
e.Sunnah;
f.Sirah;
g.Sains
h.Logik;
i.Perbandingan agama

#4- Berhikmah Dalam Menyampaikan Dakwah

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik…” Surah an-Nahl:125

Pemilihan perkataan perlu disesuaikan dengan prospek yang ingin didakwah. Faktor masa juga perlu diambil kira serta memahami keutamaan dalam berdakwah,

#5- Qudwah Hasanah

Menunjukkan contoh yang baik. Firman Allah S.W.T;

“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasullulah S.A.W itu contoh yang baik….” Surah al Ahzab:21

Nabi S.A.W sering menunjukkan akhlak yang baik.

#6- Sentiasa Bersabar

Sabar dalam ketaatan. Sabar meninggalkan benda-benda haram dan sia-sia. Sabar menghadapi takdir Allah S.W.T. Respons dengan baik dan tidak mudah menghukum.

#7- Tawaduk

Ia bermakna kita tidak rasa diri kita lebih baik daripada orang lain. Sentiasa merendah diri dan bersopan santun sesama manusia.

#8- Berjemaah

Jika kita bergerak bersendirian, umpama kambing biri-biri yang mudah diterkam serigala (syaitan). Kita perlu berjemaah dan saling lengkap-melengkapi.

Kenali kepakaran masing-masing dan raikan kepelbagaian karakter.

#9- Meraikan Perbezaan Pendapat

Amalkan sikap terbuka. Sentiasa rujuk Al Quran dan Sunnah serta Ijtima’ Ulamak. Utamakan ukhwah sesama manusia.

#10- Istiqamah

Berdakwah tidak menghasilkan keputusan segera. Hidayah itu milik Allah S.W.T. Sama-sama kita berdoa agar Allah S.W.T pilih kita menjadi asbab hidayah.

Dakwah itu umpama mencuci pinggan kotor, pinggan bersih termasuk tangan yang membasuhnya. Moga kita peroleh barokah 2 dalam 1. Moga kita istiqamah hingga ke hujung nyawa.


Kongsikan Artikel Ini

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Azlina

Azlina

Telah bersara pilihan sejak 2016. Kini Pengasas syarikat Minda Itqan. Fokus pada Pendidikan Awal Kanak-kanak, Pengurusan Sumber Manusia dan Konsultansi Pendidikan. Baru berjinak-jinak dengan penulisan kerana yakin setiap ilmu Allah perlu diikat dengan penulisan dan disebarkan

Kempen Dakwah Digital

Boleh Sumbangkan RM50 Untuk Dakwah?

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.

Langgan Siri Tazkirah

Dapatkan siri informasi islamik yang ringan dan santai terus kepada emel anda setiap minggu dengan mengisi emel anda di bawah.

Ikuti Kami