1- Nama sebenarnya ialah Shazlina binti Azman.

2- Dilahirkan pada 1 July 1980, beliau adalah anak kepada Pengerusi Ambank iaitu Tan Sri Azman Hashim.

3- Meminati bidang muzik sejak di bangku sekolah lagi. Antara genre muzik beliau adalah R&B, dance-pop, dan hip hop. Selain menyanyi, beliau juga menulis lirik lagu, dan boleh bermain drum dan piano.

4- Minatnya dalam bidang itu diasah sehingga beliau berjaya meletakkan nama dalam industri seni tanah air dan antarabangsa.

5- Beliau pernah berkongsi pentas bersama Flo Rida, Jay Park dan Bruno Mars.

6- Anugerah dalam bidang muzik yang beliau terima dan dicalonkan, telah menambah kukuh nama beliau dalam bidang tersebut. Antara anugerah yang pernah diterima beliau adalah Anugerah Kembara (AIM 19).

7- Pemergian abang sulungnya pada 2007 menjadi titik permulaan dalam pencarian erti sebenar hidup.

Dalam benak fikirannya, hidupnya dipenuhi dengan hal dunia yang melalaikan

Maka bertitik-tolak dari situ, Mizz Nina berazam untuk menjadi lebih baik walaupun niatnya itu bukan disalurkan kepada kehidupan peribadinya.

8- Pertemuannya dengan Noh yang kini adalah suaminya, sesungguhnya suatu rahmat dari Allah.

Perjalanan mencari cinta Allah perlukan teman yang sentiasa menyokong dan turut sama bergerak seiring dalam mencapai impian yang sama.

Justeru, Noh yang juga seorang artis adalah gandingan terbaik dirinya.

9- Hampir setiap tahun Mizz Nina dan keluarga pergi menunaikan umrah.

Pulang daripada menunaikan fardhu Haji besama keluarga dan suami tercinta pada 2013, Mizz Nina tiada ragu lagi untuk berhijab.

Hidayahnya diperoleh semasa menunaikan ibadah haji. Mizz Nina banyak menonton Youtube dalam mencari idea pemakaian muslimah. Semakin dekat hati dengan Allah, semakin kuat hati untuk mengikut perintahNya.

10- Beliau menghadiri kelas agama untuk menambah kefahamannya mengenai soal agama disamping meneruskan membaca Al-Quran.

Mizz Nina mula memelihara solat. Suaminya sering mengingatkan beliau tentang kepentingannya.

Bagi Mizz Nina, ia tidak akan menandingi perasaan yang ada di dalam dirinya pada masa ini. Seiring dengan itu, bakat yang dimiliki tetap tidak disia-siakan.

Meninggalkan dunia kegemilangan adalah suatu pengorbanan yang cukup besar bagi sesiapa yang berkeinginan untuk merasai duduk di atas platform kerjayanya.

Dia masih mahu menulis namun kini semuanya disalurkan untuk Yang Maha Esa. Mizz Nina juga membuka butik pakaian muslimahnya, Madeena. Mizz Nina juga kini menjadi pengacara bagi rancangan Into Taqwa, iaitu rancangan berunsur Islamik.

Tentang Anas

Anas

Seorang penulis yang suka bereksperimentasi dengan pelbagai bidang dalam penulisan. Pernah menulis buku kanak-kanak dan juga majalah.

Muslim Brand

Kami membuat kupasan mingguan terhadap pelbagai produk keluaran muslim yang ada di dalam pasaran untuk rujukkan anda. Sokong produk keluaran muslim, gunakan kuasa beli anda dengan bijak.