1- Nama sebenarnya ialah Mohd Syamsul bin Md Yusof. Dilahirkan pada 21 Mei 1984. Berasal dari Kuala Lumpur. Mempunyai Diploma dalam bidang Penyiaran.

2- Beliau merupakan anak kepada pelakon dan pengarah, Yusof Haslam. Mewarisi bakat seni bapanya, Syamsul juga dikenali sebagai pengarah, pelakon, dan penyanyi.

3- Antara filem arahannya ialah Munafik (2016), KL Gangster 2 (2013), Khurafat (2011), KL Gangster (2011), Evolusi KL Drift 2 (2010), dan Evolusi KL Drift (2008).

4- Antara anugerah yang pernah dimenangi beliau ialah Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia (2013, 2014) dan Anugerah Tuan Direktor Terhebat (Anugerah Bockbuster 2012).

5- Isterinya, Puteri Sarah Liyana juga merupakan seorang pelakon.

Perkahwinannya dengan Puteri Sarah dijadikan ruang untuk bersama-sama melakukan penghijrahan.

6- Selepas filemnya yang bertajuk KL Gangster 2 disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab, Syamsul Yusof berasa tertekan dan terfikir untuk meninggalkan dunia seni kerana berasa kecewa.

7- Pelbagai ujian yang melanda dirinya membuatkan beliau mendekatkan diri dengan Allah dan mula mendalami ilmu agama.

Beliau banyak merujuk kepada ulama selain menerusi pembacaan.

8- Syamsul bangkit semula dengan filem Munafik yang membawa tema keagamaan. Beliau mengambil masa selama dua bulan untuk menyiapkan skrip dan mendapatkan rujukan daripada pakar agama. Syamsul amat berhati-hati dalam penggunaan ayat Al-Quran dan fakta berkaitan untuk filem berkenaan.

9- Semasa filem Munafik ditayangkan, ada penonton yang mendakwa mantera yang digunakan di dalam filem itu adalah mantera sebenar. Syamsul menafikan dakwaan tersebut. Beliau mengatakan ia adalah rekaan semata-mata. Filem Munafik yang ditayangkan pada Feburari 2016 berjaya memungut kutipan sebanyak RM19 juta.

10- Syamsul percaya bahawa Islam yang sebenarnya mudah, juga bersifat terbuka dalam kreativiti bagi memajukan seni.

Menerusi temuramahnya di TV Al-Hijrah, Syamsul menyatakan perlunya pemahaman dan pendedahan kepada para pengkarya supaya mengikut permintaan semasa penonton yang kini cenderung kepada hiburan bersifat patuh syariah.

Tentang Anas

Anas

Seorang penulis yang suka bereksperimentasi dengan pelbagai bidang dalam penulisan. Pernah menulis buku kanak-kanak dan juga majalah.

Muslim Brand

Kami membuat kupasan mingguan terhadap pelbagai produk keluaran muslim yang ada di dalam pasaran untuk rujukkan anda. Sokong produk keluaran muslim, gunakan kuasa beli anda dengan bijak.