1- Wan Mohammad Sani Salleh merupakan pemilik rangkaian operasi bas dan juga Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Ekspress Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd, dan Sani Hotel Sdn Bhd.

2- Beliau dilahirkan pada 24 Julai 1976 di Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu.

3- Sani memiliki Diploma Perniagaan dari Kolej Sunway pada tahun 1994.

4- Beliau memulakan karier sebagai seorang penyanyi. Beliau adalah ahli kumpulan Impression yang ditubuhkan pada lewat 90-an. Ahli kumpulan yang lain adalah Norman Hakim dan Eizlan Yusoff yang kini pelakon.

5- Pada pandangan Sani, adalah agak sukar untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang seni.

Lalu, Sani mengubah haluan hidup apabila terfikir keadaan hidupnya pada masa hadapan jika terus berada di dalam bidang seni

6- Beliau sudah menerima pelbagai pengiktirafan termasuk Tokoh Usahawan Muda pada usia 35 tahun. Dalam masa 7 tahun, beliau berjaya menggaji 150 tenaga kerja di syarikatnya selain memiliki sebuah bangunan 3 tingkat. Ia dinamakan Wisma Dato’ Sani dan terletak di Klang Sentral.

7- Hasrat untuk memiliki perniagaan bas timbul selepas beliau sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Terengganu sejak 20 tahun lalu.

Kerana pengalaman ‘luas’ menaiki bas, dia berazam mahu memberikan perkhidmatan bas yang terbaik kepada orang ramai. Dia juga mahu memperkenalkan bas-bas berteknologi tinggi di Malaysia seperti bullet bus. Perkhidmatan basnya juga telah menambah laluan-laluan baru ke utara

8- Perkhidmatan Sani Express dilengkapi system Global Positioning Sysyem (GPS) dan DAX yang mampu memantau dan merekod data kelajuan pemanduan serta sistem amaran. Sistem ini amat berguna untuk mengingatkan pemandu agar tidak memandu melebihi had kelajuan yang dibenarkan.

Sani Ekspress juga telah diberikan penarafan 4 bintang oleh Malaysia Institute of Road Safety Research (MIROS) untuk ‘Safety Star Grading for Bus Operator’.

Penumpang yang hendak membeli tiket di kaunter tiket akan mendapati ia dilengkapi dengan kamera litar tertutup atau CCTV yang disambungkan dengan ibu pejabat.

9- Sani menganggap sektor pengangkutan adalah sektor yang mencabar dan memerlukan semangat yang kuat bagi berdepan dengan banyak risiko. Beliau percaya bahawa minat, selain sikap tidak malu bertanya dan mahu belajar adalah faktor kejayaan dirinya.

Beliau tidak memilih dalam mencari ilmu, malah menerima ilmu daripada pemandu bas serta mekanik. Beliau juga turut belajar daripada mereka yang pernah gagal kerana kegagalan itu bagi dirinya mampu dijadikan iktibar buat dirinya.

10- Syarikat yang asalnya tertumpu kepada industri pengangkutan, akhirnya berkembang kepada industri hospitaliti, hartanah dan bengkel yang membuat dan memenuhi pelbagai aktiviti ekonomi serta permintaan pasaran.

Tentang Anas

Anas

Seorang penulis yang suka bereksperimentasi dengan pelbagai bidang dalam penulisan. Pernah menulis buku kanak-kanak dan juga majalah.

Dakwah Digital

Bantu kami untuk mengerakkan platform dakwah digital ini dengan menerbitkan konten-konten Islamik yang mampu menyentuh jiwa insan lain agar berubah menjadi lebih baik.