1- Rozita Ibrahim merupakan pengasas Sendayu Tinggi Corporation.

2- Beliau pernah menerima beberapa anugerah seperti Anugerah Trofi Sri Nona, Anugerah Perempuan Teristimewa, Anugerah Tokoh Usahawan Wanita, Anugerah Wanita Ikon 2007.

3- Beliau dilahirkan di Sungai Besar, Selangor. Bapanya merupakan seorang guru di sebuah sekolah agama, manakala ibunya adalah seorang surirumah. Rozita adalah anak sulung daripada 6 adik-beradik.

4- Beliau berkahwin pada usia yang muda iaitu semasa berusia 18 tahun. Takdir Allah jodohnya tidak kekal. Beliau terpaksa melalui perceraian dan membesarkan anak-anaknya sendirian.

5- Kisah hidupnya sering menjadi inspirasi kepada ramai usahawan terutama di kalangan wanita dan ibu tunggal. Ini kerana beliau berjaya melalui kemiskinan dengan daya usahanya.

Beliau melakukan pelbagai pekerjaan untuk menyara hidup sebelum mencapai kejayaan cemerlang dan membina empayar kosmetiknya sendiri. Produk Sendayu Tinggi kini turut dipasarkan ke luar negara seperti Singapura dan Brunei.

6- Rozita mempunyai 8 orang anak. Anak keduanya meninggal dunia akibat lemas semasa baru berusia 11 tahun. Salah seorang dari mereka pula cacat.

7- Anak sulungnya, Noorhayati adalah Ketua Pegawai Eksekutif Sendayu Tinggi. Dato’ Aliff Syukri iaitu pengasas syarikat D’Herbs adalah anak ketiga beliau. Dato’ Aliff mewarisi kemahiran ibunya dalam bidang keusahawanan.

8- Rozita mengasuh anaknya agar tidak bermegah dengan kedudukannya, lebih menghargai kehidupan dan bersyukur dengan nikmat yang Allah berikan kepada keluarga mereka.

Noorhayati juga dididik untuk berdikari sedari remaja. Noorhayati sudah mula membantu Rozita berniaga di kedai runcit dan pasar malam sejak usianya 14 tahun.

9- Walaupun ibunya memilki perniagaan itu, jawatan yang diberikan kepada Noorhayati tidak datang secara mudah. Noorhayati bermula sebagai tukang sapu di pejabat ibunya. Pada masa itu, Noorhayati hanya diberikan gaji sebanyak RM350 sebulan.

10- Beliau memegang Sunnah Rasulullah dalam mendidik anak-anak.

Antara yang cuba diterapkan di dalam diri anak-anaknya ialah bangun untuk solat Subuh dan tidak boleh tidur semula selagi belum pukul 11 pagi.

Bagi Rozita, cara tersebut adalah penting untuk minda dan otak yang cergas. Selain menjadikan ajaran Islam sebagai pegangan hidup, kekuatan mental, bagi Rozita adalah keutamaan bagi wanita.

Sumber :

www.utusan.com.my

www.jrm.com.my

www.rozitaibrahimsendayutinggi.blogspot.my

Tentang Anas

Anas

Seorang penulis yang suka bereksperimentasi dengan pelbagai bidang dalam penulisan. Pernah menulis buku kanak-kanak dan juga majalah.

Muslim Brand

Kami membuat kupasan mingguan terhadap pelbagai produk keluaran muslim yang ada di dalam pasaran untuk rujukkan anda. Sokong produk keluaran muslim, gunakan kuasa beli anda dengan bijak.