Islam memelihara wanita sesuai dengan fitrahnya. Oleh itu, wanita dilayan dengan penuh hormat mengikut perintah Allah s.w.t. Berikut adalah 10 ayat Al-Quran terpilih yang menyebut tentang kebersamaan dan perbezaan dengan kaum lelaki, serta keistimewaannya.

#1- Wanita Bukan Lelaki

Firman Allah s.w.t yang bermaksud;

“Maka tatkala isteri Imran melahirkan anaknya, dia pun berkata: “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku melahirkan seorang anak perempuan; dan Allah lebih mengetahui apa yang dia lahirkannya itu; dan anak lelaki tidaklah seperti anak perempuan. Sesungguhnya aku telah menamai dia Maryam dan aku mohon perlindungan untuknya serta anak-anak keturunannya kepada (pemeliharaan) Engkau daripada syaitan yang direjam.”

Ali Imran: 36

#2- Wanita Menyempurnakan Lelaki

Allah swt berfirman maksudnya;

“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati kebesaran Allah.”

Al-Dhariyat: 49

#3- Isi Al-Quran Jelas Akan Kesatuan Lelaki Dan Wanita Menerusi Perumpamaan Pakaian Bagi Keduanya

Firman Allah s.w.t yang bermaksud;

“Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan puasa bercampur dengan isteri-isteri kamu; mereka adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, kerana itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, iaitu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beriktikaf dalam masjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada manusia, supaya mereka bertakwa.”

Al-Baqarah: 187

#4- Wanita Dan Lelaki Saling Melengkapi

Firman Allah s.w.t yang bermaksud;

“Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) itu pasangannya (isterinya – Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya –zuriat keturunan – lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu.”

An-Nisaa: 1

#5- Wanita Mempunyai Hak Yang Seimbang Dengan Lelaki

Firman Allah s.w.t yang bermaksud;

“Wanita-wanita yang ditalak hendaklah menahan diri (menunggu) tiga kali quru’. Tidak boleh mereka menyembunyikan apa yang diciptakan Allah dalam rahimnya, jika mereka beriman kepada Allah dan hari akhirat. Dan suami-suaminya berhak merujukinya dalam masa menanti itu, jika mereka (para suami) menghendaki ishlah. Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajibannya menurut cara yang ma’aruf. Akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

Al-Baqarah: 228

#6- Allah Melindungi Wanita Daripada Kekejaman Lelaki Yang Menyakiti Mereka

Firman Allah s.w.t yang bermaksud;

“Wahai-wahai orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu).”

An-Nisaa: 19

#7- Wanita Sebagaimana Lelaki, Bertanggungjawab Untuk Menurut Perintah Allah

Firman Allah s.w.t yang bermaksud;

“Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan sedang ia beriman, maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik, dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka telah kerjakan.”

An-Nahl: 97

#8- Hubungan Lelaki Dan Wanita Telah Dijelaskan Di dalam Al-Qur’an Melalui Ikatan Yang Halal

Firman Allah s.w.t yang bermaksud;

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadaNya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”

Ar-Rum: 21

#9- Wanita Dan Lelaki Beriman Jalan Seiring

Firman Allah s.w.t yang bermaksud;

“Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.”

Al-Ahzab: 35

#10- Wanita Juga Ditempatkan Di Dalam Syurga Jika Melakukan Kebaikan Sebagaimana Lelaki

Firman Allah s.w.t yang bermaksud;

“Masuklah kamu ke dalam syurga, kamu dan isteri-isteri kamu digembirakan.”

Az-Zukhruf: 70

Tentang Anas

Anas

Seorang penulis yang suka bereksperimentasi dengan pelbagai bidang dalam penulisan. Pernah menulis buku kanak-kanak dan juga majalah.

Muslim Brand

Kami membuat kupasan mingguan terhadap pelbagai produk keluaran muslim yang ada di dalam pasaran untuk rujukkan anda. Sokong produk keluaran muslim, gunakan kuasa beli anda dengan bijak.