Aku gelak saja, bila kau cerita, kau dah declare dengan si dia. Dia cakap dia cinta kau. Kau pula cakap nak nikahinya. Kau kata, dah bertunanglah itu ikut agama. Aku perhati saja, sandiwara atas nama agama.

Sponsored
Tunang

Apakah definasi tunang yang sah disisi Islam? [Pardot]

Itu cuma nafsu kau semata. Bila dalam agama, wali adalah keutamaan. Wali yang terakhir dimaklumi, itu yang kau kata atas landas agama. Nabi s.a.w. minta Saidatina Aisyah r.a penuh adab dari walinya Saidina Abu Bakar r.a.

Kau pula minta dari siapa?

Hubungan tak halal yang mahu di’islam’isasikan saja. Sama seperti tangan terkena tahi, kau cuma lap nampak bersih. Bau tetap di situ. Label tunang cuma kau yang letak, sedang title teman wanita tidak hilang.

Tunangan palsu. Yang boleh dirampas bila-bila masa sahaja oleh sesiapa tanpa ada larangan agama. Sedang tunangan yang sebenar levelnya istimewa, Nabi s.a.w sendiri larang jangan usiknya. Tunang ciptaan kau, langsung tidak terbela.

Aku sebenarnya tak kisah kau nak tipu diri kau atau dirinya. Hiduplah dalam penipuan selama mana kau nak. Buat saja apa yang kau suka. Aku cuma nak ingatkan. Rasa kau lupa. Tunang sebenarmu tidak lain adalah kematian.

Aku kasihankan dia. Tergamak kau murahkan harga dirinya.

Sponsored

Kongsikan Tazkirah Ini


Muhammad Rusyidi

Rusydi
Muhammad Rusydi adalah seorang penulis yang banyak berkongsikan tentang kehidupan. Penulisan banyak menyentuh hati dan memberi kesedaran.