Apabila anda duduk keseorangan, barangkali anda akan mengakui bahawa ada beberapa perkara yang mengganggu. Kadang-kadang anda menyedari bahawa anda selalu berfikir perkara negatif dan buruk sangka pada orang lain. Barangkali pula terlalu menumpukan perhatian pada kehidupan orang lain dan mula menghukum mereka sehingga ke tahap membenci mereka. Sangkaan yang tidak berasas, anda akan berasa malu ketika terbukti sangkaan itu tidak tepat

Sponsored

Itulah kebenaran yang harus diterima. Perasaan anda mungkin sedikit lega apabila anda merasa orang lain juga pernah mengalami sepertimana yang anda rasa.

Apa pun, menyebarkan keburukan tidak akan mengubahnya menjadi kebaikan. Oleh itu jangan mencuba, tahan suara hati anda yang mengatakan bahawa semua orang pernah melakukannnya, jadi apa salahnya saya?. Buatlah yang sebaliknya.

Di sini kami kongsikan beberapa tips yang mungkin boleh membantu anda.

#1- Jangan Jadikan Diri Anda Penyebar Keburukan

Ketika anda mendapati orang di keliling anda bercakap-cakap dan menyebarkan keburukan orang, anda merasa janggal untuk membiarkan telinga untuk mendengarnya. Selepas itu telinga anda akan berusaha untuk mendapatkan maklumat keburukan itu. Selepas itu akan mendapati diri merasa perlu untuk menyebarkannya. Di sini anda mula mengkhianatinya, berfikir keburukan orang tersebut,menghukumnya, membencinya sehingga ke tahap memutarbelit apa yang anda dengar.

Bila duduk bersama orang yang mengumpat adalah satu kesalahan yang besar. Apatah lagi menghukum mereka. Bagaimana mahu keluar dari perkara ini? Paling mudah adalah dengan menolak untuk mendengar umpatan dan elakkan duduk bersama mereka yang mengumpat.

#2- Marahkan Diri Sendiri Ketika Berfikir Keburukan Orang Lain

Setiap kali anda mendapati diri anda berfikir keburukan orang, tahan diri dari menerima apa yang didengar. Ia memerlukan masa dan perlu kepada latihan. Ketika itu anda mampu untuk mengusai fikiran dan berfikiran positif.

#3- Jadilah Orang Yang Positif Dan Sebut Perkara Baik Tentang Orang Lain

Tambah saham anda untuk berfikir kebaikan orang lain dan beritahu orang lain. Contohnya beritahu rakan anda sebagai pengajaran bahawa anda telah melihat perempuan itu pada hari lepas menolong orang melintas jalan dan menolongnya membawa barang-barang, kemudian pujilah tindakan perempuan itu.

Sponsored

Lakukan perkara ini pada semua orang, dan sebarkan kebaikan serta perkara positif.

Kongsikan Tazkirah Ini


Tim Tazkirah

Tim Tazkirah
Tazkirah.net merupakan wadah untuk komuniti Islam saling berkongsi ilmu pengetahuan, pandangan dan pengalaman mereka sebagai satu peringatan untuk menjadi muslim yang lebih baik.