Jika ditanya siapakah kekasih pertama yang membuatkan tulang rusuk kamu bergetar, mandi tidak basah, tidur tidak lena, makan tidak kenyang, katakan ibumu! Kemudian ibumu lagi! Dan ibumu! Dialah kekasih yang boleh membawamu ke syurga dengan redhanya.

Sponsored

Rasulullah SAW bersabda, dari Abu Hurairah RA, beliau berkata:

“Seseorang datang kepada Rasulullah SAW dan berkata, Wahai Rasulullah, kepada siapakah aku harus berbakti pertama kali?

Nabi SAW menjawab, ibumu! Dan orang tersebut kembali bertanya, Kemudian siapa lagi? Nabi SAW menjawab, ibumu! Orang tersebut bertanya kembali, Kemudian siapa lagi? Beliau menjawab, Ibumu.

Orang tersebut bertanya kembali, Kemudian siapa lagi, Nabi SAW menjawab, Kemudian ayahmu.” Hadith Riyawat Bukhari no. 5971 dan Muslim no. 2548

Kongsikan Tazkirah Ini


Tim Tazkirah

Tim Tazkirah
Tazkirah.net merupakan wadah untuk komuniti Islam saling berkongsi ilmu pengetahuan, pandangan dan pengalaman mereka sebagai satu peringatan untuk menjadi muslim yang lebih baik.