Usamah bin Zaid melaporkan bahawa suatu hari Nabi Muhammad menunggang keldai menuju ke satu tempat. Dalam perjalanan, Nabi Muhammad melihat kumpulan orang Islam, orang kafir dan Yahudi dalam satu majlis.

Sponsored

Apabila sampai di tempat itu, debu-debu daripada keldai Nabi Muhammad terkena pada majlis itu. Kemudian Nabi Muhammad turun dan memberi salam kepada mereka. Nabi Muhammad telah membacakan beberapa ayat Al-Quran.

Lalu Abdullah bin Ubai bin Salul yang dikenali sebagai orang munafiq berkata,

“Wahai orang itu, tidak ada yang lebih baik daripada ajaran kamu itu. Sekiranya benar apa yang kamu katakan, janganlah mengganggu majlis kami ini, kamu pulang ke tempat kamu dan sesiapa yang datang kepada kamu, ceritakanlah kepadanya.”

Abdullah bin Rawahah berkata, “Wahai Rasulullah, datanglah ke tempat kami, kami suka.”

Kemudian, orang Islam, orang kafir dan orang Yahudi mula bertengkar sehingga mereka hampir memaki hamun sesama mereka.

Lalu Nabi Muhammad berusaha meleraikannya. Kemudian, Nabi Muhammad meneruskan perjalanan sehingga sampai ke rumah Sa’ad bin ‘Ubadah.

(Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim)

Sponsored

Kredit gambar: getintravel.com

Kongsikan Tazkirah Ini


Ahmad Saifuddin Yusof

Ahmad Saifuddin
Salah seorang Tim Pengkaji Hadith Psikologi. Sedang menjalankan kajian hadith dan sirah dari aspek psikologi, motivasi, bisnes dan marketing. Sekarang sedang menyambung pengajian di peringkat PhD dalam bidang Pengajian Hadith di Universiti Malaya.