Wanita mempunyai tempoh tidak suci di mana mereka dilarang untuk mengerjakan beberapa ibadat seperti solat fardhu dan sunat serta tidak boleh berpuasa. Pada masa ini, juga dilarang bersetubuh bagi wanita yang telah berkahwin.

Sponsored

Oleh kerana tidak dapat bersolat dan berpuasa, timbul rasa ingin tahu tentang apa yang boleh dilakukan pada masa-masa itu. Hati mungkin berasa kosong kerana tidak dapat bersolat. Oleh itu, berikut adalah beberapa perkara bagi mengisi masa.

Mengingati Allah masih boleh dilakukan dengan aktiviti-aktiviti berikut:

#1. Mendengar Bacaan Al-Qur’an

Oleh kerana wanita yang sedang haid tidak boleh membaca Al-Quran, gantikan bacaan al-Quran yang dipasang di radio atau pemain mp3.

#2. Membaca Tafsir Al-Qur’an

Kaji dan cuba fahami isi Al-Quran melalui terjemahannya

#3. Mengulang Hafalan

Sekiranya ada surah-surah dari Al-Quran yang sudah dihafal, anda boleh menggunakan masa ini untuk mengulang hafalan anda.

#4. Berzikir

Basahkan lidah dengan zikir seperti bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.

#5. Membaca Al-Mathurat

Baca Al-Ma’thurat dengan niat untuk berzikir.

Sponsored

#6. Berselawat

Rajinkan berselawat kepada Nabi.

#7. Bertaubat

Gunakan masa ini untuk memperbanyakkan istighfar, memohon keampunan dari Allah.

#8. Berdoa

Banyakkan berdoa sama ada doa itu termasuk dalam Al-Quran atau tidak.

#9. Membaca Buku Agama

Tambahkan ilmu pengetahuan dengan membaca buku-buku agama.

#10. Hadir Ke Majlis Ilmu

Tambahkan ilmu dengan mendengar ceramah, atau mendengar ceramah melalui televisyen dan youtube.

#11. Menyampaikan Dakwah

Turut serta dalam menyebarkan dakwah.

#12. Melibatkan Diri Dengan Perbincangan Agama

Gunakan masa ini untuk menyampaikan atau berkongsi ilmu agama walaupun dengan ahli keluarga.

#13. Muhasabah Diri

Ambil sedikit masa untuk mengingati semua kekurangan diri, mensyukuri pemberian Allah, memikirkan bahagian yang perlu diperbaiki.

#14. Memperelokkan Akhlak

Elokkan akhlak dengan suami, ibu bapa, dan mereka yang berada di sekeliling. Jadikan ini ruang untuk berbakti kepada keluarga terutama ibu bapa.

#15. Beramal

Mudahkan hati untuk bersedekah atau membantu mereka yang memerlukan.

#16. Cuci Telekung

Ini adalah masa untuk anda mencuci telekung anda sebelum anda menggunakannya semula selepas anda mandi wajib.

Menurut Ustazah Siti Noor Bahyah Mahamood dalam bukunya bertajuk Hadiah Buat Muslimah: Panduan Asas Fiqah Wanita, wanita yang sedang haid dianggap tidak suci (Perjanjian Lama). Dalam tempoh itu, wanita tersebut bukan sahaja dipulaukan suaminya, malah tidak dibenarkan menyentuh makanan untuk keluarganya.

Namun, Islam bersikap adil terhadap wanita. Walaupun beberapa ibadat diharamkan, wanita Islam yang sedang dalam haid terlepas daripada pelbagai label yang memalukan.

Kongsikan Tazkirah Ini


Anas

Anas
Seorang penulis yang suka bereksperimentasi dengan pelbagai bidang dalam penulisan. Pernah menulis buku kanak-kanak dan juga majalah.